BESAR SANGAT KE DUNIA SASTERA KITA?

Gambar Hiasan: Sirap pokok enau, maaf saya
bukan promosi sebarang syarikat ya!

Sejak beberapa tahun saya mengenali seorang teman yang begitu terlibat di dalam dunia sayembara atas kapasiti beliau sebagai seorang petugas di sebuah kumpulan akhbar terbesar di negara ini, saya sentiasa terpanggil menyertai pelbagai acara yang dilangsung, bermula dari majlis pelancaran hinggalah ke majlis penyampaian hadiah yang turut dikoordinasi oleh beliau, malah jika ada kelapangan dan wang yang berlebih saya sempat juga menyertai bengkel-bengkel yang diadakan dalam siri jelajahnya, yang sebenarnya lebih berupa percambahan ilmu dan ‘networking’.

Dua hari lepas, saya menghadiri majlis pelancaran kerjasama di antara sebuah universiti tersohor di selatan tanah air dan kumpulan akhbar di mana teman saya bertugas. Memang benar, telah pun masuk ke musim kedua kerjasama di antara Kumpulan Utusan dan UTM dalam penganjuran Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi melalui jalinan kerjasama pintar ini.

Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Kumpulan Utusan – UTM Sayembara yang masuk musim kedua ini menawarkan hadiah tempat pertama bernilai RM15,000.00 manakala tempat kedua RM7000.00 dan tempat ketiga RM5000.00. Sebanyak tiga hadiah saguhati diperuntukkan dengan nilai masing-masing RM1000.00.

Memanglah memberangsangkan dengan pelbagai sayembara yang bakal menyemarakkan dunia sastera kita, melahirkan barisan penulis-penulis yang teruji sebagai pelapis kepada dunia pengkaryaan fiksyen di negara kita. Bagi sebuah program seperti Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi anjuran Kumpulan Utusan dan UTM yang pada anggapan saya nasional sifatnya, malah pelancarannya disempurnakan oleh seorang Timbalan Menteri, tentulah amat menyedihkan jika majlis seperti ini hanya dihadiri oleh dua orang wartawan dari kumpulan Utusan sendiri, iaitu dari akhbar Kosmo dan Utusan Malaysia.

Walaupun program ini adalah anjuran sebuah kumpulan akhbar, tentulah tidak salah bagi akhbar-akhbar lain membuat liputan apatah lagi ianya disempurnakan oleh seorang Timbalan Menteri Pelajaran. Atau adakah pihak penganjur tidak berminat untuk menghebahkan atau menguar-uarkan lewat penerbitan atau akhbar lain yang merupakan pesaingnya. Dunia sastera kita belum cukup besar untuk berdiri sendiri, adalah lebih baik bersinergi daripada seperti pepatah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing!

Share this article :
 

+ komen + 2 komen

anep
17 Mac 2011 4:52 PTG

kena boikot kot...

pilih kasih
17 Mac 2011 10:18 PTG

aik Timbalan Menteri turun takkan hanya wartawan KU aje..cuba kalau PM habis semua berduyun2..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger