AKHIRNYA, HANG NADIM DALAM UMNO?

Tahniah kepada UMNO, akhirnya berjaya melahirkan seorang lagi “Hang Nadim” dalam kelompok mereka.  Bukan mudah untuk menongkah arus dan mengeluarkan pandangan apatah lagi yang berkaitan denga isu parti.

Risiko dipecat, diminta memberi surat tunjuk sebab, kontrak dikaji semula, pembatalan segala macam keistimewaan yang dinikmati sekarang akan mudah membuatkan sesorang itu melupakan hasrat untuk bersuara.

Namun demi sayangkan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu kita sebenarnya memerlukan lebih ramai Hang Nadim seperti yang ditunjukkan oleh Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Bermula dengan laporan polis yang mengaitkan 1MDB dan Perdana Menteri, selepas itu semalam beliau sekali lagi bersuara apabila menyatakan bahawa Presiden UMNO itu memilih ‘pemimpin tidur’ untuk mengetuai UMNO Pulau Pinang.

Pulau Pinang tersungkur dan terlepas daripada gengaman Barisan Nasional dan Gerakan apabila dilanda tsunami politik dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008.  Selepas itu, prestasi pakatan pembangkang PR terus meningkat dan menafikan BN dalam PRU 13.

Tidak pasti apa motifnya, ‘anggota kerdil’ parti keramat itu pernah terlibat dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, apabila bertindak menjadi penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.  

Malah juga menjadi orang paling awal untuk membuat laporan polis berhubung salah laku Anwar Ibrahim berdasarkan buku yang diterbitkan beliau.

Selain laporan polis mengenai penglibatan Perdana Menteri dan 1MDB, beliau secara terang-terangan menyelar pemimpin UMNO Pulau Pinang.

“Kita meninggalkan vakum kerana pemimpin-pemimpin tertingi peringkat negeri, ramai yang masih tidur. Sebab itulah dalam perjuangan saya, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin harus ditukar. Beliau tidak proaktif, tidak turun ke akar umbi, tidak jumpa rakyat jelata di peringkat akar umbi seperti mana kami lakukan. Ini orang yang tewas, duduk sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri. Apabila beliau beri arahan, apa pemimpin-pemimpin lain akan kata, Apa kita ketandusan, tidak mempunyai pemimpin-pemimpin lainkah?

Nampaknya, tindakan Naib Ketua UMNO Batu Kawan memang mengundang kemelut baru apabila memilih media sebagai saluran untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya.  

Ahli UMNO sentiasa diingatkan untuk menggunakan saluran parti untuk bersuara.  Adakah saluran parti dilihat tidak begitu efektif sehingga memaksa seorang ahli UMNO yang ‘kerdil’ untuk menggunakan saluran media dan laporan polis.

Adakah tindakan Naib Ketua UMNO Batu Kawan ini bakal melakar sejarah tersendiri untuk melumpuhkan pemimpin UMNO peringkat tertinggi?

Tidak ramai diantara kita yang sanggup menentang ‘kebatilan’ para pemimpin dalam sesebuah parti apatah lagi secara terang-terangan.

Nampaknya UMNO lebih beruntung sebagai sebuah parti yang matang berjaya melahirkan seorang lagi Hang Nadim dalam kelompok ahli ‘kerdil’mereka. 

Mari kita meraikannya!
Share this article :
 

+ komen + 1 komen

23 Disember 2014 9:31 PG

dah lama sgt dipendam...inilah hasilnya...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger