KEKALKAN AKTA HASUTAN LAH!

Jika ada pilihan saya ingin sahaja menyatakan pendirian saya untuk meminta Perdana Menteri menimbangkan semula hasrat bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948, walaupun dikhabarkan akan digantikan dengan akta yang lain.

Ketika dilaporkan bahawa Wanita UMNO akan menyerahkan memorandum dan mengutip sejuta tandatangan bagi memastikan akta ini dikekalkan demi keselamatan dan mengelakkan ketegangan antara kaum, maka saya kira ini adalah sumbangan bermakna sayap wanita dalam UMNO.

Sesiapa sahaja yang pernah meneliti kandungan Akta Hasutan dan mencintai keamanan, akan merasakan akta ini telah digubal dengan asas untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. 

Siapa sahaja akan menghargai kebebasan bercakap, namun keterbatasan terhadap aspek-aspek yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan bangsa haruslah dielakkan. 

Akta Hasutan 1948 mungkin boleh dipinda bagi memperkasakan akta ini.  Misalnya elemen mengkiritik tindakan kerajaan mungkin tidak boleh ditafsir sebagai hasutan. Malah usaha untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian Malaysia boleh diungkapkan sebagai menghasut.  Namun apa yang lebih penting, Akta Hasutan 1948 harus terus dikekalkan.

Dengan perkembangan internet dan media sosial serta globalisasi, sesuatu perundangan haruslah wujud supaya perkara-perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti boleh dipertanggungjawabkan.

Empat elemen penting di dalam perlembagaan seperti hak keistimewaan orang Melayu, bahasa kebangsaan, aspek kewarganegaraan dan kedudukan raja-raja Melayu tidak mungkin dapat dipertahankan jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. 

Walaupun akan terdapat hujah oleh para peguam yang mahukan akta ini digantikan dengan akta lain yang lebih progresif, dapatkah dijamin bahawa empat elemen penting dalam perlembagaan akan dipertahankan.

Sesiapa sahaja yang berhasrat untuk akta ini dihapuskan haruslah mengambiltahu latar belakang akta ini diwujudkan.  Sama ada kita suka atau tidak, akta ini adalah warisan daripada British yang pernah menjajah negara kita, namun yang lebih penting adalah akta ini diwujudkan oleh mereka yang memahami mengenai demokrasi dan kelemahannya.

Dengan mengambilkira latar belakang masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu, British telah ‘custom made’ untuk disesuaikan dengan struktur masyarakat, sosio-budaya,  dan politik serta sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan Tanah Melayu ketika itu.

Secara tidak sedar Akta Hasutan 1948 adalah langkah-langkah pencegahan yang diwujudkan British untuk menjamin kesinambungan keamanan di Tanah Melayu kerana mereka percaya sebuah negara berbilang bangsa dan agama tidak dapat mempertahankan sebuah kemerdekaan jika tiada sebuah akta yang boleh menjamin keharmonian semua penduduknya.

Saranan menghapuskan Akta Hasutan 1948 dilontarkan oleh Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada transformasi politik selepas Akta ISA berjaya digantikan dengan SOSMA yang kehilangan taring. 

Jika British sungguhpun telah lama terdedah dengan amalan demokrasi mempunyai visi yang jelas mengenai perjalanan politik di Tanah Melayu ketika itu, mereka masih  merasakan memerlukan sebuah bentuk perundangan yang boleh menjamin keselamatan negara.  


Janganlah kita dalam keghairahan transformasi politik sehingga menimbulkan implikasi kepada generasi akan datang!
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
16 November 2014 2:53 PTG

manakutkan..

17 November 2014 8:08 PG

skrg ni pun kedudukan melayu, bahasa melayu, agama Islam, institusi raja2..smuanya semakin tergugat...ramai yg berani mencabar atas dasar demokrasi..apatah lg bila akta hasutan dihapuskan..seolah2 menghapuskan bangsa sendiri...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger