KEBAL PAK BERAHIM!
Tidak
pasti adakah kerana kebal atau perkasa, Pak Berahim yang menyeru membakar kitab
injil tidak pula dikenakan sebarang hukuman.
Khabarnya tok ketua pendakwaan berpuas hati dengan niat disebalik seruan
oleh Pak Berahim itu.
Namun
kini banyak pihak yang mempersoalkan apakah rasional Pak Berahim tidak didakwa
oleh tok ketua pendakwaan. Hanya dua
sahaja jawapan yang boleh ditemui oleh kami, rakyat jelata tanpa ilmu
undang-undang. Sama ada Pak Berahim
kebal atau benar-benar perkasa.
Yalah
kebal kerana berjaya melepaskan diri daripada didakwa, khabarnya atas alasan ‘mempertahankan
agama Islam’. Memang cun sungguh alasan
yang diberikan oleh Menteri Nancy yang bertanggungjawab secara langsung kepada
tok ketua pendakwaan. Maka ramailah
rakyat dan para pemimpin dari segenap pelusok mempertikaikan kredibiliti
Menteri Nancy.
Sehingga
ada yang mencemuh, dengan kata orang kampung yang daif undang-undang seperti
kami. “Buat mengaboih boreh ajo”.
Atau yang lain pula, Menteri Nancy hanya seperti budak suruhan. Yelah hanya sekadar menyampai hasrat tok
ketua pendakwaan. Maka seperti tidak
bermaknalah peranan Menteri Nancy jika sekadar membacakan kenyataan tok ketua
pendakwaan.
Kini
timbul pula saranan untuk menimbang semula tindakan tok ketua pendakwaan untuk
tidak mendakwa Pak Berahim.
Ketika
ceramah-ceramah sejak dahulu lagi sama ada pentas bergerak atau gadis-gadis
genit penari Pentarama, kami sentiasa diingatkan untuk menghormati bangsa dan
agama lain, apatah lagi dalam negara berbilang bangsa seperti di Malaysia.
Pernah
satu ketika dahulu, ketua kampung kami, Tok Sidang Esa mengamuk dan memberi
amaran keras kepada Senik anak Tok Kassim kerana memanggil Raju Tong Gas dengan
panggilan ‘keling’ begitu juga Ramli anak Pak Dahlan hujung kampung kerana
menggelar Yap yang menjaja ikan dengan panggilan ‘cina tongkang’.
Khabarnya
Tok Sidang Esa tidak pun mendapat aduan rasmi daripada si Raju mahupun Yap,
tetapi mendengar sendiri, rasa mahu dilempang sahaja Senik dan Ramli. Tetapi hanya
diberi amaran keras.
Begitu
juga setiap kali menjelang tayangan wayang pacak di padang sekolah, Tok Sidang
Esa akan memberikan peringatan kepada seluruh anak buahnya untuk menghormati
bangsa dan agama lain. Itulah yang
diulang-ulang sehingga kami anak-anak buahnya telah hafal ucapannya mengenai
perpaduan.
Dalam
negara seperti Malaysia, semua kita tahu bagaimana sensitifnya saranan seperti
yang dilontarkan oleh Pak Berahim tempohari.
Ketika ditanya pemberita Tok Sidang Esa enggan menjawab, namun
menggeleng tanda kesal.
Tidak
pasti atas kapasiti apakah Pak Berahim melontarkan saranan tersebut atau adakah
seperti penyanyi M. Nasir ketika mengucapkan “siapa Mahathir” ketika di
penghujung tahun 80an.
Mungkin
Pak Berahim juga boleh menyatakan bahawa surat khabar telah tersalah petik
kenyataannya.
Apabila
telah ada lebih daripada seorang Menteri yang berpendapat bahawa kenyataan dan
saranan Pak Berahim untuk membakar kita suci agama Kristian sebagai tidak
sesuai khususnya dalam negara majmuk seperti Malaysia, mungkin ada kewajarannya
untuk meminta kes Pak Berahim disemak semula.
Terkini,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sama taraf dengan Menteri Nancy, Tan
Sri Joseph Kurup mahu kes Pak Berahim dibuka semula dan disemak.
“Saya mahu kes itu
dibuka semula dan disemak untuk memastikan kesatuan dan memerangi sikap tidak
bertoleransi terhadap agama. Saya juga
mahu kes ini disemak untuk meredakan kemarahan rakyat”.
Jika
benar apa yang diucapkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan tindakan
oleh tok ketua pendakwaan selepas ini, mungkin Pak Berahim perlu menuntut
semula untuk menambah kebal dan perkasanya!
Ulasan