CHONG WEI – APA SELEPAS INI?

Berita mengenai kegagalan ujian doping sampel kedua telah pun menjadi bualan umum.  Dikhabarkan bahawa sampel B ujian doping yang dilakukan di Norway gagal untuk kali kedua. 

Chong Wei yang menduduki ranking nombor satu dunia dalam sukan badminton didapati positif ujian doping bagi sampel A kerana kehadiran bahan terlarang deksametason semasa ujian rambang yang dilakukan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.

Pihak Persatuan Badminton Malaysia telah pun melantik peguam sukan terkemuka bagi membantu Chong Wei untuk mempertahankan dirinya.

Jika didapati bersalah Chong Wei berhadapan risiko penggantungan selama dua tahun daripada sebarang kejohanan dan mungkin juga pingat perak yang dimenangi di Kejohanan Dunia di Copenhagen ditarik balik.

Episod Chong Wei dan atlit wushu tidak banyak bezanya, kedua mereka adalah mangsa daripada penggunaan ubatan yang sama ada dibekalkan atau membeli di pasaran terbuka. 

Soalnya apakah yang perlu dilakukan oleh persatuan sukan bagi melindungi para atlit mereka untuk tidak terdedah kepada situasi seperti yang dialami oleh Chong Wei dan Tai Cheau Xuen.  Memang telah ada Institut Sukan Negara, namun rasa adalah lebih wajar memastikan kesemua persatuan sukan khususnya sukan kompetetif mempunyai pakar doping atau pakar pemakanan mereka sendiri di peringkat persatuan.

Melalui pendekatan ini, lebih banyak pendedahan dan khidmat nasihat boleh diberikan kepada para atlit mereka demi mengelakkan terjebak dengan bahaya pengambilan bahan terlarang secara tidak disedari.

Dengan perbelanjaan begitu tinggi untuk mengupah peguam, rasanya langkah pencegahan adalah lebih bermakna dan menjimatkan.

Kementerian Belia dan Sukan juga perlu melakukan sesuatu pendekatan yang drastic untuk mendidik para atlit di semua peringkat mengenai doping dan bahaya bahan terlarang secara tidak disedari.  Pendidikan mengenai bahaya kehadiran bahan terlarang kepada atlit harus diterapkan secara berterusan agar insiden seperti yang dialami oleh Chong Wei dan atlit lain tidak lagi berulang.


Apakah pihak Persekutuan Badminton Antarabangsa akan memberi peluang kepada Chong Wei untuk mempertahankan dirinya dan mengurangkan hukuman kepada beliau atas alasan ‘kehadiran bahan terlarang’ tanpa niat dalam dirinya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tgk apakata bam pulak...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?