CHONG WEI – APA SELEPAS INI?
Berita
mengenai kegagalan ujian doping sampel kedua telah pun menjadi bualan
umum. Dikhabarkan bahawa sampel B ujian
doping yang dilakukan di Norway gagal untuk kali kedua.
Chong
Wei yang menduduki ranking nombor satu dunia dalam sukan badminton didapati
positif ujian doping bagi sampel A kerana kehadiran bahan terlarang
deksametason semasa ujian rambang yang dilakukan pada Kejohanan Dunia di
Copenhagen, Denmark Ogos lepas.
Pihak
Persatuan Badminton Malaysia telah pun melantik peguam sukan terkemuka bagi
membantu Chong Wei untuk mempertahankan dirinya.
Jika
didapati bersalah Chong Wei berhadapan risiko penggantungan selama dua tahun daripada
sebarang kejohanan dan mungkin juga pingat perak yang dimenangi di Kejohanan
Dunia di Copenhagen ditarik balik.
Episod
Chong Wei dan atlit wushu tidak banyak bezanya, kedua mereka adalah mangsa
daripada penggunaan ubatan yang sama ada dibekalkan atau membeli di pasaran
terbuka.
Soalnya
apakah yang perlu dilakukan oleh persatuan sukan bagi melindungi para atlit
mereka untuk tidak terdedah kepada situasi seperti yang dialami oleh Chong Wei
dan Tai Cheau Xuen. Memang telah ada
Institut Sukan Negara, namun rasa adalah lebih wajar memastikan kesemua
persatuan sukan khususnya sukan kompetetif mempunyai pakar doping atau pakar
pemakanan mereka sendiri di peringkat persatuan.
Melalui
pendekatan ini, lebih banyak pendedahan dan khidmat nasihat boleh diberikan
kepada para atlit mereka demi mengelakkan terjebak dengan bahaya pengambilan
bahan terlarang secara tidak disedari.
Dengan
perbelanjaan begitu tinggi untuk mengupah peguam, rasanya langkah pencegahan
adalah lebih bermakna dan menjimatkan.
Kementerian
Belia dan Sukan juga perlu melakukan sesuatu pendekatan yang drastic untuk
mendidik para atlit di semua peringkat mengenai doping dan bahaya bahan
terlarang secara tidak disedari.
Pendidikan mengenai bahaya kehadiran bahan terlarang kepada atlit harus
diterapkan secara berterusan agar insiden seperti yang dialami oleh Chong Wei
dan atlit lain tidak lagi berulang.
Apakah
pihak Persekutuan Badminton Antarabangsa akan memberi peluang kepada Chong Wei
untuk mempertahankan dirinya dan mengurangkan hukuman kepada beliau atas alasan
‘kehadiran bahan terlarang’ tanpa niat dalam dirinya.
Ulasan