APABILA PEMIMPIN POLITIK PENAT


Makanan yang saya kunyah hampir sahaja tersembur apabila membaca berita mengenai tindakan Ketua Pemuda UMNO Perlis, Mohsin Yusoff yang mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya di dalam UMNO dengan mengatakan dirinya ‘sudah penat’ dengan semua tanggungjawab di dalam parti.

Pemimpin datang dan pergi, pemimpin silih berganti namun ini kali pertama saya membaca alasan seorang pemimpin politik tempatan yang mengatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dengan alasan ‘penat’.

Anehnya, Ketua Pemuda UMNO Perlis menghebahkan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam parti melalui media sosial – Facebook.  Malah menurutnya lagi, beliau akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

Memanglah menjadi hak beliau untuk melepaskan jawatannya, namun adab sebagai pemimpin sebuah parti yang dikatakan telah berjasa untuk umat Melayu di negara ini seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kepada beliau.

Jika sebelum ini, menyertai parti juga secara beradab, mengisi borang dan sebagainya malah ketika terpilih sebagai Ketua Pemuda negeri tentulah juga disertai dengan surat perlantikan dan watikah perlantikan, itu sekadar tanggapan saya.  Makanya apabila beliau memilih untuk menghebahkan dahulu di media sosial mengenai hasrat beliau, tentulah kita terpanggil untuk menelitinya.

Membaca ‘politik penat’ si Ketua Pemuda tersebut, hanya ada dua sahaja andaian, ialah sama ada Ketua Pemuda tersebut sebenar-benarnya ‘penat’ atau sekadar ‘penat’ dengan karenah politik yang semakin memenatkan.

Apapun amatlah malang bagi seorang Ketua Pemuda negeri sebuah parti yang telah lebih setengah abad yang dianggap ‘berjasa’ untuk umat Melayu menghina parti yang diterajuinya dengan pengumuman hasrat beliau untuk berundur melalui laman sosial, malah dengan alasan yang tidak masuk akal – penat!

Mungkinkah ini tanda-tanda awal parti yang dikatakan berjasa kepada umat Melayu selama lebih setengah abad sedang meniti zaman gerhananya apabila pemimpin seperti Ketua Pemuda negeri memberikan taraf yang begitu rendah alasan pengundurannya. 

Namun begitu jika dilihat daripada sisi positifnya adalah lebih baik tidak punya pemimpin politik yang ‘penat’ seperti Ketua Pemuda negeri apatah lagi dalam ketika parti sedang bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.  Kepada Ketua Pemuda Negeri yang ‘penat’, selamat beristirehat!
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
18 November 2012 9:21 PG

dah tak masyuk lg..penatla hik hik hik

ain
18 November 2012 9:46 PG

politik penat ..303

19 November 2012 8:43 PG

ramai yang bkn setakat 'penat' tp 'tenat'...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger