KEMBARA BAHASA 2012 – HARI KEDUA


Saya sengaja memilih untuk pulang ke rumah sewaktu aturcara kembara berlabuh di Kuala Lumpur.  Peserta kembara menetap di Wisma Belia, dan saya kembali ke kediaman saya.

Hari kedua saya bermula seawal awal jam 6.30 pagi apabila perlu ke Wisma Belia untuk perjalanan seterusnya.  Perjalanan hari kedua adalah dengan baju T sumbangan Ambank sebagai penajanya.

Bermula daripada KL Sentral, perjalanan pagi Khamis ke Butterworth bermula pada jam 9.00 pagi.  Selepas bersarapan di dalam gerabak, sesi berikutnya adalah perkongsian ilmu dengan Encik Hamed Ismail, seorang penulis skrip yang tidak asing lagi daripada kota singa.  Beliau berpengalaman lebih dua dekad dan kini menjadi penulis skrip residen dengan Media Corp Singapura.  Seorang tokoh yang sangat prolifik di Singapura.

Walaupun sesi berlangsung di dalam gerabak keretapi yang bergerak, namun bimbingan tokoh drama yang disegani daripada kota singa mampu menjentik keinginan untuk bersifat lebih praktikal dalam penghasilan skrip drama.

Selepas berehat beberapa ketika, kami kemudian bertolak ke pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka wilayah Utara yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam.  Sesi ini diadakan di tingkat bawah bangunan DBP Wilayah Utara yang dahulunya menempatkan ruang kedai buku DBP.  Malangnya kemelut DBP – Dawama menjadikan kedai buku ini terpaksa ditutup.

Makan malam pula adalah di sebuah restoran berhampiran selang beberapa buah kedai.  Seusai makan malam yang menyelerakan, Sesi 4 yang merupakan persembahan monolog dan monodrama.  Tiga buah monolog dipersembahkan oleh tiga orang siswa Universiti Sains Malaysia.  Selain itu, kumpulan perserta dari Singapura dan Malaysia juga menampilkan persembahan masing-masing selain persembahan ‘nenek kebayan’ Cikgu Rohaidah Yon dari Batu Pahat.

Peserta Singapura menampilkan sketsa kepentingan Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan keluarga Melayu di Singapura.  Kumpulan peserta Malaysia pula menampilkan puisidra yang diangkat daripada puisi Allahyarham T. Alias Taib yang berjudul ‘Darah Di Gaun Putih’.  Puisidra ini diarahkan oleh Sdr. Din  Manas dengan deklamasi puisi oleh Puan Rahimah Muda.

Selain daripada persembahan, para peserta juga berpeluang membeli ‘ole-ole’ berupa jeruk yang menjadi salah satu kemestian berkunjung ke Pulau Mutiara yang dijual di bahagian bawah pejabat DBP Wilayah Utara.

Selesai persembahan, para peserta pula di bawa ke pulau bagi menikmati malam di Padang Kota Lama.  Walaupun hujan gerimis namun tidak menghalang para peserta menikmati pasembor dan laksa Pulau Pinang.

Selepas jam melewati hampir 1.00 pagi, tiba masanya untuk berehat untuk perjalanan seterusnya bagi hari ketiga kembara!

Ulasan

SIS berkata…
tidak dpt bayangkan bagaimana ye rasanya ilmu yng disampaikan kepada 40 org peserta didalam gerabak keretapi yang sedang bergerak..teringat sebuah buku 'Totto Chan di Jendela' yg menceritakan Totto Chan yg mendpt pendidikan di dlm gerabak keretapi yg diubah suai menjadi bilik darjah..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?