KEMBARA BAHASA 2012 – HARI KETIGA


Pagi kami bermula seawal jam 6.30 pagi dengan sarapan yang disediakan oleh pihak hotel, Palm Inn.  Selepas bersarapan kami bergerak dengan dua buah bas yang menempatkan para peserta Malaysia dan Singapura yang diasingkan dalam dua buah bas.  Saya agak kabur dengan rasional mengasingkan para peserta Malaysia dan Singapura.

Perjalanan kami bermula pada jam 9.00 pagi untuk kembali ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan acara seterusnya di Putrajaya pada keesokkan harinya. 

Sesi seterusnya adalah Bengkel Penulisan Lirik yang dibimbing oleh Sdr. Mohd Khair Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Khayas.  Dengan pengalaman penulisan dan penghasilan lagu selama dua dekad, mantan ahli kumpulan Rausyanfikir.

Telah menghasilkan ratusan lirik lagu untuk penyanyi di Malaysia dan Singapura, Khayas adalah  yang menghasilkan lirik lagu Temasya Desa Gemalai dendangan Ramli Sarip selain lagu Berpindah Minda yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Lovehunters, ironinya lagu ini juga dipilih sebagai lagu untuk kempen 1Malaysia.

Bengkel dimulakan dengan nyanyian ‘memberi salam’ bagi menimbulkan mood dan ‘feel’ sebagai penulis lirik.  Selepas itu, para peserta Malaysia dan Singapura diminta pula menyanyikan lagu negara masing-masing.  Lagu ‘Negaraku’ dan ‘Majulah Singapura’ dinyanyikan sebaik mungkin oleh para peserta.

Benarlah, apa yang sering dilafazkan sebenarnya akan menjadi doa, mungkin itulah sebabnya trend restoran ‘mamak’ di negara kita menggunakan perkataan ‘maju’ – Sayang Maju, Ilham Maju, dan sebagainya.  Mungkin salah satu sebab negara jiran kita, Singapura menjadi sangat maju ialah kerana nyanyian negara mereka yang menjadi doa saban kali didendangkan.

Selepas dendangan lagu negara masing-masing, para peserta diminta pula untuk menceritakan ‘makna’ nama masing-masing.  Tujuannya adalah bagi mengenali diri sendiri sebelum menyumbangkan lirik lagu kepada orang lain.

Walaupun sesi ini menjadi sangat interaktif namun matlamat pembimbingnya adalah bagi memberikan pendedahan bagaimana untuk menjadi penulis lirik yang bertanggungjawab dan berfungsi sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT.

Walaupun gerabak acara yang dinaiki para peserta menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan perjalanan yang sangat lancer dan menyeronokkan, namun sesi karoeke yang dimulakan ketika umat Islam memulakan solat Jumaat pada sekitar jam 1.15 tengahari adalah sesuatu yang memual dan menjengkelkan saya, mungkin pihak-pihak berkenaan tidak begitu sensitif hal-hal seperti ini.

Di antara sesi karoeke, para peserta juga ditayangkan video ‘Selamat Tinggal Tanjung Pagar’ bagi mengingati penutupan stesen keretapi Tanjung Pagar di Singapura pada 30 Jun 2009.  Ironinya video ini dihasilkan sendiri oleh para petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) namun kualitinya sangat membanggakan seolah-olah dihasilkan oleh para professional.  Selain itu, para peserta juga ditayangkan video yang dihasilkan sepanjang perjalanan bermula daripada majlis perasminan di stesen Woodlands di Singapura yang dihasilkan oleh ahli Perkumpulan Seni Singapura.

Akhirnya tren tiba di Stesen KL Sentral sebelum para peserta di bawa pula menaiki bas menuju Putrajaya bagi acara seterusnya pada keesokkan harinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?