PRA KEMBARA BAHASA II

Selepas sekian lama tidak menggunakan pengangkutan awam, semalam saya memilih untuk menaiki bas untuk ke Johor Bahru bagi menyertai program Kembara Bahasa 2012.

Pertama kali menjejak kaki ke Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, saya menjadi sangat teruja, teringat bagaimana pemilik syarikat bas seperti tidak gembira apabila diminta berpindah ke terminal tersebut, sukar untuk saya terima alasan mereka.

Perjalanan selama hampir tiga jam seperti tidak terasa, apabila dikejutkan dengan laungan pemandunya - Larkin! Larkin!, mimpi saya yang baru hendak bermula tidak sempat disudahkan kerana telah tiba ke destinasinya.

Selepas secawan teh tarik pada jam tiga pagi, memulakan kembara saya ke pusat bandar, ini kerana hotel yang disediakan hanya boleh dimasuki selepas jam dua petang, pilihan lain yang ada adalah menyewa hotel berhampiran sehingga jam dua petang.

Hotel yang disediakan, Hotel JB Central betul-betul di pusat bandaraya Johor Bahru, saya menjadi peserta pertama yang mendaftarkan diri di hotel.

Selepas merehatkan diri, menikmati pemandangan dari Tingkat 18, saya menyelusuri kawasan sekitar hotel untuk makan tengahari, memang benarlah kata seorang teman saya mengenai kos hidup dan harga barangan di Johor Bahru yang agak tinggi berbanding bandar-bandar lain. Ini kerana makanan yang sama yang saya makan di sini berharga RM7.00 berbanding hanya RM5.50 di Kuala Lumpur.

Pun begitu, sambil menunggu makanan saya sampai sempat saya meninjau kedai menjual akhbar yang bersebelahan.

Saya menjadi tertarik dengan buku biografi jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari tulisan Premilla Mohanlall. Buku setebal 180 muka surat menjadi peneman makan tengahari dan malam saya.

Dengan hanya berbantukan iPhone, tentulah tidak mungkin bagi saya menulis coretan yang panjang seperti lazimnya apatah lagi, program Kembara Bahasa 2012 akan bermula seawal lima pagi!

Ulasan

SIS berkata…
selamat berkembara tn ks..sentiasa menanti entri2 tn utk sama2 merasa pengembaraan tn walaupun hanya melalui tulisan ..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?