TPPA – APA YANG KERAJAAN PATUT BERITAHU?

Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai Perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik  (Trans Pacific Partnership Agreement - TPPA) walaupun usul mengenainya  pertama kali dilontarkan pada tahun 2006 dengan negara anggotanya adalah Brunei, Singapura, Chile dan New Zealand.  Amerika Syarikat menyertainya pada Mac 2008 dan pada bulan September, Presiden Amerika ketika itu, George W. Bush memaklumkan kepada Kongres mengenai hasrat untuk berunding dengan negara anggota pada ketika itu.

Seperti ramai rakyat Malaysia, tidak banyak yang diketahui mengenai TPPA hingga timbullah berita bahawa rundingan kali ke-18 kini sedang berlangsung di halaman negara kita, di Kota Kinabalu dengan penyertaan oleh 12 buah negara.  Yang lebih memeranjatkan adalah pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kesan dan implikasi jika TPPA dilaksanakan.

Ironinya, rundingan mengenai TPPA dan intipati rundingan juga tidak didedahkan kepada umum atau rakyat mana-mana negara yang menyertainya.  Malah maklumat yang diperolehi setakat ini mengenai TPPA ini hanyalah maklumat yang tiris dan bukannya maklumat rasmi dan sahih.

Apakah motif sebenarnya pelaksanaan TPPA jika segala kandungan rundingannya dan perbincangan mengenainya tidak didedahkan untuk manfaat rakyat dan orang awam? Antara yang menjadi intipati rundingan khabarnya adalah isu mengenai harta intelek.  Jika mendengar amaran Tun Dr. Mahathir, kelihatannya TPPA seperti ‘budak nakal’  yang harus kita jauhi.  Menurutnya lagi, TPPA akan berubah menjadi bentuk jajahan yang baru secara tidak langsung.

Isu harta intelek adalah antara yang turut menjadi intipati pelaksanaan TPPA, namun apa yang lebih menakutkan adalah implikasi langsung dan tidak langsung akibat pelaksanaan TPPA.  Kerajaan Malaysia seperti ‘melacurkan’ masa depan generasi muda negara ini dengan menyertai perjanjian yang bakal ‘mengikat’ tangan kita?

Bayangkan sebanyak 18 pusingan rundingan mengenai TPPA ini telah berlangsung dan setiap satunya tidak pasti berapa lamanya, namun rundingan yang kali ke-18 ini sedang berlangsung selama lebh 10 hari di Kota Kinabalu, dan tidak ramai daripada kita atau rakyat biasa negara ini yang mengetahui perihal TPPA ini.

Jika mahu dilihat daripada perspektif yang lebih mudah, melaksanakan TPPA sama seperti menghapuskan Raja-Raja Melayu dan kuasa Raja Berpelembagaan yang menjadi tunjang dan keutuhan serta keamanan negara kita.  Kita sepatutnya  membentuk negara kita mengikut acuan dan kemahuan kita dan bukannya mendengar ‘polis dunia’ seperti Amerika Syarikat yang menentukan hala tuju negara kita.

Cakap-cakap ‘polis dunia’ Amerika Syarikat mengenai kelebihan dan kebaikan TPPA hanyalah umpan yang dicipta bagi memperbodohkan negara-negara yang menyertai dengan harapan untuk menyediakan ‘lubuk-lubuk’ baru bagi mengaut kekayaan negara lain serta menyaingi negara China yang dilihat sedang bergerak untuk  menjadi kuasa besar ekonomi dunia.

Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah dan Kerajaan memberikan kefahaman dan penjelasan yang yang terperinci supaya rakyat tidak menjadi mangsa daripada kebebalan politikus yang terus menjadi ‘pak turut’ dalam bilik berhawa dingin!


Cukuplah kita dijajah sekali dulu, nampaknya kita tidak perlu dengan pelbagai istilah muluk yang disogokkan oleh ‘polis dunia’ atas nama liberal dan pelbagai istilah yang dicipta untuk mengabui niat mereka yang sebenarnya.
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
19 Julai 2013 11:18 PTG

apa muslihat bn..

Tanpa Nama
20 Julai 2013 6:22 PTG

bnyak yg patut diberitahu..

24 Julai 2013 3:02 PTG

kerajaan 'silent' tentang TPPA!..mesti ada agenda tersembunyi..mana perginya semua wartawan..sedangkan ia merupakan 'Kongres' 12 negara dunia..slalunya pasti ada liputan...mmg meragukan..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger