SISTEM APA YANG KITA ADA?

Selepas lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan, selepas lebih sedekad Koridor Raya Multimedia dilancarkan, dengan segala kecanggihan pelbagai sistem di sekeliling kita, rakyat yang cintakan keadilan di negara ini masih mengimpikan daftar pemilih yang bersih.

Lihat sahaja di sekeliling kita, segala macam sistem malah anak-anak kecil yang menemani ibu mereka ke pasar tidak lekang dengan ‘tablet’ ditangan, namun lihatlah ‘sampah’ dalam sistem pilihanraya kita, sehingga telah ada suara-suara yang membayangkan bahawa akan ada Bersih 4.0 jika daftar pemilih tidak dibersihkan.

Malaysia adalah sebuah negara yang boleh dibanggakan daripada aspek penggunaan teknologi maklumatnya.  Apa tidaknya, maklumat rakyat ini boleh disemak dalam beberapa saat dengan kecanggihan sistem dan pengkalan data maklumat yang disediakan oleh Kerajaan melalui pelbagai kaedah semakan.

Namun segala kecanggihan ini seperti tidak membawa sebarang makna khususnya yang melibatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan daftar pemilih.  Kerana meragui daftar pemilih, maka kumpulan yang prihatin terhadap keadilan dalam pilihanraya mendesak penggunaan dakwat kekal, namun itu juga tidak mampu ditangani oleh SPR dengan baik sehingga menimbulkan pelbagai keraguan dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

Sebelum SPR merealisasikan impian mereka untuk melaksanakan persempadanan semula yang telah begitu lama tertangguh, adalah baiknya SPR melalui pemulihan dan rejuvanasi sebelum melangkah lebih jauh dengan segala warisan yang terpaksa rakyat menghadamnya secara paksa.

Yang pertama harus dipulihkan adalah kepercayaan awam terhadap SPR, mungkin yang lebih baik adalah Kerajaan menggantikan kesemua ahli-ahli SPR secara sukarela, di atas kegagalan mereka melaksanakan pilihanraya umum dengan begitu menyakinkan.

Daftar pemilih yang sangat diragui dengan pelbagai pertindihan dan keraguan juga perlu dikembalikan keyakinannya supaya perjalanan pilihanraya lebih lancar dan dipercayai.

Adalah sukar dipercayai dalam negara yang begitu canggih sistemnya, masih ada keraguan dalam sistem pilihanraya yang telah lebih 13 kali berlangsung dalam tempoh lebih setengah abad.  Jika hal yang begitu mudah ini sukar dilaksanakan oleh pimpinan SPR yang ada pada masa sekarang, maka apa lagi yang boleh kita harapkan kepada mereka.

Adakah SPR sengaja membiarkan daftar pemilih dipenuhi dengan keraguan bagi membolehkan manipulasi boleh diteruskan dengan berleluasa, jika inilah sebenarnya wajah mereka tentulah amat memalukan sebuah negara yang dibangunkan dengan semangat dan darah pejuang dicemari dengan keraguan hanya untuk terus memaut kuasa!


Mungkin amat mudah untuk seorang Menteri meminta mereka yang tidak setuju dengan sistem pilihanraya supaya berhijrah ke negara pilihan mereka, namun sebagai seorang Ahli Parlimen adakah beliau tidak merasa tercabar dan terhina dengan sistem pilihanraya yang dikecam hebat sehingga telah berlangsungnya perhimpunan Bersih sebanyak tiga kali.  Meminjam ungkapan Nabil pelawak, lu pikirlah sendiri.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sistem yg busuk dan hnyir..
sarip dol berkata…
mana ada sistem bro..
SIS berkata…
kita ada sistem yg dicipta oleh pemenangnya sendiri...@ syok sendiri!!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN