PUSINGAN PERTAMA PASCA PRU 13

Dalam tempoh sepuluh hari, akan berlangsung Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut akan berlangsung pada 24 Julai 2013.  Pilihanraya kecil ini agak penting kerana merupakan pilihanraya kecil pertama dalam pemerintahan selepas kemenangan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerusi ini dimenangi oleh Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu melalui calonnya, Dr.  A. Rahman Mokhtar, yang kembali ke rahmatullah pada 26 Jun yang lalu,  memaksa pilihanraya kecil ini diadakan.  Kerusi ini dimenangi BN dengan majoriti 2,631 dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang kosong kini menjadi rebutan di antara Barisan Nasional yang mempertahankan kerusi tersebut melalui calon mereka, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, seorang jurutera dan calon PAS Endot @ Azlan Yusof  yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Barisan Nasional yang memenangi Pilihanraya Umum yang lalu memenangi 17 kerusi DUN di Trengganu manakala Pakatan Pembangkang pula memenangi 15 kerusi.  Maka Pilihanraya Kecil ini merupakan ujian kepada kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang untuk dinilai oleh para pengundi khususnya di DUN Kuala Besut.

Jika diteliti daripada rekod ‘cemerlang’ BN di kawasan luar bandar tentulah peluang memenangi kerusi ini oleh PAS kelihatan sukar dan mungkin merupakan satu lagi impian yang tidak mungkin tercapai oleh Pakatan Pembangkang, khususnya PAS.  Namun senario politik negara pasca PRU mungkin mampu menggugat keselesaan BN pada 24 Julai nanti.

Kuala Besut yang merupakan sebuah pekan kecil dan merupakan pintu masuk rasmi ke Pulau Perhentian khabarnya kini merupakan sebuah pekan ‘tinggalan’ atau sleepy hollow dalam arus kemajuan Negeri Trengganu.

Pada tahun 70 dan 90an, Kuala Besut merupakan sebuah pekan penting yang meriah bukan sahaja kepada para pelancong yang ingin ke Pulau Perhentian tetapi juga menjadi medan kepada para nelayan untuk menjual hasil tangkapan mereka.  Kini, aktiviti ini beralih ke Pelabuhan Tok Bali di Kelantan, namun Kuala Besut sebagai pekan terakhir sebelum ke Pulau Perhentian masih menjadi sebutan dan kunjungan para pelancong dalam dan luar negara.

Pilihanraya kecil DUN Kuala Besut akan menjadi sejarah jika PAS berjaya mememenaginya, ini kerana kedudukan kerusi akan menjadi seimbang pada bilangan 16 kerusi oleh BN dan 16 kerusi oleh Pakatan Pembangkang. 

Keadaan ini mungkin akan menyaksikan bagaimana Dewan Undangan Negeri akan berada dalam keadaan tergantung yang mungkin menyaksikan pembubaran Dewan Undangan Negeri atau juga melihat akan ada yang bakal ‘menyeberang’ kem yang lebih selesa!


Walauapapun, yang lebih baik adalah para pengundi di DUN Kuala Besut membuat pilihan yang bijak, selamat menyaksikan pusingan pertama pasca PRU!
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
13 Julai 2013 7:18 PTG

lamanya menghilang..

24 Julai 2013 3:04 PTG

tn ks selalu menghilang bila kesihatan tidak mengizinkan.. semoga tn ks sihat2 slalu...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger