APABILA PENTADBIR SEKOLAH SEKADAR PAK TURUT

Isu bilik persalinan digunakan sebagai ‘kantin sementara’ pada minggu lalu mencetuskan pelbagai polemik, sehingga Guru Besar sekolah tersebut diarahkan ‘bercuti rehat’ daripada tugasnya.

Malah menurut Guru Besar SK Seri Pristana, penggunaan bilik persalinan yang telah diubahsuai daripada sebuah tandas sebenarnya telah dibincangkan bersama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Isu tersebut meletus khabarnya apabila tersiar gambar murid-murid bukan Islam makan di bilik persalinan tersebut tersebar secara meluas di laman sosial.  Sebagai seorang pentadbir dan pemimpin  tentulah Guru Besar tersebut telah memikirkan apa yang terbaik untuk anak murid di bawah jagaannya.

Ironinya dalam usaha Kementerian Pendidikan memberikan pelbagai insentif kepada para pentadbir untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka tentulah amat memeranjatkan apabila tindakan  Guru Besar sekolah melaksanakan amanahnya  dicuti rehatkan. 

Usaha Kementerian Pendidikan memberikan kuasa autonomi pada para pentadbir yang sekolah mencapai tahap yang ditetapkan sepatutnya dipuji namun usaha ‘mempolitikkan’ isu-isu remeh yang dilakukan berasaskan prosedur pentadbiran adalah satu langkah ke belakang yang sepatutnya diselesaikan di peringkat sekolah sahaja.

Adakah pihak yang memuatnaik gambar tersebut sengaja memilih untuk mencetuskan ‘polemik murahan’ atas nama ‘murid bukan Islam’, pihak berwajib sepatutnya bertindak menyiasat motif penyebarluasan gambar berkenaan.

Bukan sahaja masyarakat seharusnya menghormati keputusan pihak pentadbir sekolah dalam melaksana dan mengendalikan urusan pentadbiran sekolah tetapi juga pihak Kementerian Pendidikan yang memberikan mandat dan amanah kepada para pentadbir sekolah, bebas melakukan urusan pentadbiran dengan garis panduan yang jelas dan dilakukan secara bermusyawarah.

Adakah pihak Kementerian Pendidikan mahukan para pentadbir sekadar menjadi Pak Turut tanpa berusaha memikirkan yang terbaik kepada warga sekolah di bawah jagaan merekam secara lebih efektif.

Tindakan menghukum Guru Besar SK Seri Pristana sepatutnya tidak berlaku, namun apabila segala sesuatu di Malaysia dilihat daripada kacamata tebal ‘politik’  dan istilah seperti perkauman, sensitivi agama dan yang sewaktu dengannya menjadi begitu lumrah dan murah.


Mungkin selepas ini, Kementerian Pendidikan harus menambah jawatan Timbalan Menteri dengan mewujudkan jawatan Timbalan Menteri (Hal Ehwal Murid & Sekolah)!
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
30 Julai 2013 8:22 PTG

calon paling afdal. timbalan menteri skrg..hi hi hi..

Tanpa Nama
30 Julai 2013 8:40 PTG

saya suka dgn kenytaan apabila semuanya dlihat dari kacamata tebal politk..harap2 kpm sedar..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger