MEROYAN CINTA MARYAN

Seperti mana-mana industri filem di dunia, kecenderungan terhadap sesuatu subjek atau tema sering menjadi ikutan, begjtu juga tema filem-filem Tamil daripada India.  Beberapa bulan yang lalu, filem Kadal arahan pengarah tersohor India, Mani Ratnam, menggunakan tema dan latar belakang laut dan nelayan sebagai medium menyimpulkan kisah cinta dalam filem ini.

Kini, filem Tamil terbaru dari India, Maryan juga menggunakan tema dan latar laut.  Maryan, watak utama dalam filem dilakunkan oleh Dhanush yang memang terkenal sebagai seorang pelakon yang begitu obses terhadap watak yang diberikan.  Dhanush yang gigih menyelami watak Maryannya mengingatkan saya bagaimana Faizal Hussin membawakan watak Ilham dalam filem Bunohan.

Maryan adalah berdasarkan kisah benar, bagaimana tiga rakyat India yang berkerja di Sudan menjadi tebusan militan Afrika pada tahun 2008.  Kisah ini memberikan ilham kepada pengarahnya, Bharat Bala untuk menghasilkan Maryan.

Separuh pertama filem ini mengisahkan bagaimana Maryan, seorang anak laut menjalani kehidupan sebagai seorang nelayan, mewarisi keberanian dan kecintaan terhadap laut sehingga menggangap dirinya sebagai Putera Laut.  Kerana sikapnya itu, menjadikan anak tekongnya memuja dan mencintainya walaupun ditolak sekeras-kerasnya oleh Maryan.

Panimalar yang mencintai Maryan sepenuh hati cuba memenangi malah telah membuat keputusan untuk menjadi hanya isteri dan melahirkan anak-anak Maryan.  Namun, sikap bapanya yang berhutang dengan peminjam wang memaksa Maryan berpisah dengan laut untuk bekerja di Sudan selama dua tahun demi melangsaikan hutang bapa kekasihnya.

Walaupun, bekerja di luar negara merupakan impian ibu Maryan, namun insiden Maryan dan dua rakan sekerjanya menjadi tebusan menjadi igauan ngeri ibunya sehingga dia pasrah bahawa hanya cinta sejati Pani yang mampu mengembalikan Maryan ke pangkuannya.

Maryan yang bermaksud abadi, menggambarkan bagaimana Maryan adalah seorang ‘fighter’ dan tidak mudah mengalah. Pengalaman menjadi tebusan selama 21 hari, Maryan kehilangan dua orang rakannya, dia berjaya melarikan diri daripada militan Afrika dan kembali ke pangkuan Pani yang begitu yakin kepulangannya.  Maryan mendapat kekuatannya apabila akhir pelariannya di padang pasir dia bertemu dengan laut.

Seperti Kadal (2013: Mani Ratnam), Maryan adalah kisah anak laut, malah Maryan menampilkan sinematografi yang memukau hasil Marc Koninckx, kelahiran Beligium yang pernah menjadi pengarah fotografi Johnny Mad Dog, filem yang menggunakan soldadu kecil dan para pelakon amatur.

Dengan garapan musik oleh pemenang Anugerah Academy, melalui Slumdog Millionaire, A.R. Rahman, Maryan melengkapi sebuah filem yang menghiburkan dengan garapan kisah cinta, debaran menjadi tebusan dan lagu-lagu serta skor musik yang memukau dihasilkan dengan format bunyi Auro 3D.


Maryan, lakonan mantap Dhanush yang pernah memenangi anugerah pelakon terbaik melalui filem Aadukalam mampu mengulangi kejayaannya melalui filem ini, dan buah tangan Bharat Bala ini juga tidak mustahil  menjadi taruhan untuk pencalonan filem asing bagi Anugerah Akademi daripada India.
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
27 Julai 2013 9:00 PG

aik bulan posa pun tgk filem tamil...

29 Julai 2013 4:13 PTG

dah lama tak baca brkenaan filem dlm blog tn ks..rasa terubat rindu walaupun dah lama tak menonton filem..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger