SELAMAT TINGGAL KERUSI 094 PARLIMEN HULU SELANGOR KEPADA PR…

Gambar Hiasan - Majlis Daerah Hulu Selangor pernah menerima anugerah penyapu
yang dikecam hebat sebagai tidak beradab - diambil dari zlaa.blogspot.com

Saya tidak suka beretorik. Biarlah saya menjadi tidak popular. Biarlah saya dilabel sebagai anti BN. Biarlah saya dikatakan tidak menghormati pendirian YAB Perdana Menteri. Biarlah saya dianggap tidak sehaluan dengan kepimpinan tinggi BN.

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerusi Parlimen Hulu Selangor akan ditandingi oleh BN dengan calon dari MIC, maka saya telah mengucapkan selamat tinggal kerusi ini kepada PR. PR dengan segala kegembiraan akan bersorak riang bukan sebab mereka bakal memenangi kerusi ini, bukan semudah itu. Tetapi yang lebih menonjol ialah ketidak beranian BN untuk menukar permuafakatan di antara mereka! Bukankah tsunami politik pada PRU 12 telah begitu jelas, biarpun hanya dengan kemenangan 198 undi sahaja. Bukankah BN telah kehilangan begitu banyak kerusi dan apakah masih relevan lagi permuafakatan berusia 50 tahun ini?

Apakah BN masih mahu mempertahankan permufakatan ini meskipun isyarat-isyarat begitu jelas mahukan perubahan pada kesepakatan yang begitu usang ini. Adakah kita mahu menidakkan fakta bahawa faktor kaum masih memberi kesan menentukan pola pengundian sesuatu kawasan pilihanraya.

Stigma ‘fear for change’ didakap erat oleh pemimpin BN. Kerusi tradisi, kesepakatan BN yang sekian lama menjadi momokan dan pegangan walaupun akar umbi mahukan perubahan ekoran tsunami politik yang melanda pantai BN dengan begitu teruk. Apakah perasaan akar umbi mahu terus dibayangi dan dinaungi oleh para pemimpin BN yang terus-terusan segar meneruskan kesepakatan BN yang telah berusia lebih setengah abad.

Walau apa pun saya masih berdoa dan berharap BN akan mencatat kemenangan di P094 Hulu Selangor serta merampasnya dari PR, tetapi jika ini berlaku bukanlah bermakna bahawa kesepakatan BN masih wajar dan diterima pakai. Selamat memilih calon yang tepat demi merampas kerusi P094 Hulu Selangor!

Nota Kaki: Tulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak bermaksud menyinggung mana-mana pihak. Harap maklum.

Ulasan

anep berkata…
BN bakal menjadi BE END..
sarip dol berkata…
keramat sgt kot permuafakatan BN..sampai tak berani nak pinda .

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?