RAKYAT DULU UNTUNG KEMUDIAN

Kulit buku 'Rakyat Dulu Untung Kemudian'

Tiba-tiba sahaja saya semacam diserang sakit jantung. Alhamdullillah setakat ini, saya masih dianggap sihat ataupun ‘clean bill of health’ tetapi ura-ura sebuah konglomerat berkaitan Kerajaan berhasrat mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) dengan membeli 51% kepentingan di dalam IJN, boleh menyebabkan siapa sahaja diserang sakit jantung serta merta.

Ular yang menyusur akar tidak mungkin kehilangan bisanya!

Agaknya konglomerat berkenaan nampak duit sahaja setiap kali tuan-tuan besarnya mengurut dada, sama seperti mengepam minyak dari pokok kelapa sawit – tiada yang mustahil, dengan hubungkait yang macam isi dengan kuku.

Saya percaya pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri tepat pada masanya dan amat berharap bahawa pengambilalihan ini bukan sahaja akan ditangguhkan malah akan dibatalkan sama sekali. Syabas dan tahniah di atas pendirian Kerajaan berhubung perkara ini.

Saya kurang yakin bahawa isu penswastaan IJN sebenar-benarnya terjadi atau bakal terjadi tetapi sekadar ‘test water’ sahaja oleh pihak Kerajaan bagi mengukuhkan moto ‘tradisi membela rakyat’ oleh Kerajaan Barisan Nasional. Justifikasi kepada kepercayaan ini ialah bahawa konglomerat yang diuar-uarkan untuk mengambilalih 51% kepentingan dalam IJN sebenarnya bukanlah pihak yang paling berkelayakan, malah ada pihak lain yang lebih berkelayakan, yang telah sedia teruji dan mempunyai rangkaian hospital di seluruh negara – KPJ Healthcare milik Johor Corporation (JCorp)! Mungkin strategi menghadapi pilihanraya kecil di Kuala Terengganu yang ditulis skrip dan lakonlayarnya oleh ‘spin doctor’ kerajaan Barisan Nasional.

Kepada konglomerat berkenaan, saya cadangkan kalau sebenarnya memang berhasrat untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kononnya selepas pengambilalihan tersebut eloklah dermakan sahaja sejumlah wang, yang mungkin telah dikira sebagai laba jika pengambilalihan tersebut berjaya dilaksanakan misalnya – RM50 juta setahun selamanya, agar kemudahan rawatan jantung kepada rakyat biasa seperti saya akan lebih menjadi murah! Amin!

Buku ‘Rakyat Dulu Untung Kemudian – Hak Komuniti-komuniti Malaysia Dalam Pembangunan’ adalah terjemahan dari buku bahasa Inggeris yang bertajuk ‘People Before Profits:The Rights of Malaysian Communities in Development’. Buku ini yang menghimpunkan kertas-kertas kerja dalam satu persidangan nasional dengan tajuk yang sama.

Catatan Kaki : Sewaktu kemelut IJN ini, saya segera mencari buku ‘Rakyat Dulu Untung Kemudian’ yang telah saya miliki dan baca dalam koleksi saya – sekadar mengingatkan kembali tanggungjawab sesebuah Kerajaan sesuai dengan moto – ‘Tradisi Membela Rakyat’. Buku ini terbitan tahun 2003 dan masih terdapat di pasaran, juga boleh didapati di www.gerakbudaya.com

Ulasan

ustazah berkata…
salam tuan-analisa yang cemerlang, membaca di antara garisan..saya akan dptkan buku tersebut..harapan saya?
wong jowo berkata…
isu yg biasa diulas secara sinis..analisa yg ada kewajaran, tp sy x pasti - idea tu betul ke?
bro rock berkata…
gua kira sykt trsebut masih boleh melaksanakan tanggungjawab sosial walaupun x memiliki IJN yang penting memiliki HYSM (hati yang suci murni) amacam orait kot..
SIS berkata…
salam tuan..atas alasan tanggungjawab sosial nampaknya jauh menyimpang..byk lagi isu sosial lain yg boleh disumbangkan..apa kata IJN diswastakan dgn memberi perubatan percuma kpd rakyat..tu baru betul tanggungjawap sosial..
anip berkata…
sikonglomerat 2 cam ular kot..syabas kepkaan tuan..
adyrocker berkata…
tabik spring bro..
Mama berkata…
koperat@keparat besar mana pun kalau tolong orang kat bawah sana dia tak rugi pun..dapt lagi banyak sokongan@pahala lagi..
md kassim berkata…
hipotesis yg meyakinkan..
wak karim berkata…
mgkin ada kebenarannya..politik ada seni seribu mungkin..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN