MENCARI KEBAHAGIAAN


(Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab (kanan) ketika berusia 65 tahun (2003) menyertai acara berbasikal demi keamanan Peace Through Tourism: 2003 Seoul Beijing Bicycle Tour)

Apa lagi yang diimpikan oleh seseorang insan, apabila usia telah menjangkau hampir tujuh dekad. Apatah lagi apabila kerjaya dan keluarga telah mencapai tahap kemuncak – ‘pinnacle of life’ – hanyalah mencari dan mengecapi kebahagiaan.

Minggu lepas, sahabat editor saya – Sdr. Rozlan Mohd Noor (http://www.celikhuruf.blogspot.com/) memberikan senaskhah buah tangan terbarunya – Mencari Kebahagiaan karya Hashim Abdul Wahab. Tajuk kecilnya – ‘Memoir seorang ahli pertanian, pengurus penyelidik, pengembara, pekerja kemasyarakatan dan pemimpin korporat’.

Apabila saya pulang bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu, saya terus menghayati tulisan dalam buku terbitan Utusan Publications & Distributors (http://www.mybooks.com.my/) setebal 414 halaman. Terbahagi kepada 14 bab yang tidak sekata kerana ada bab yang agak panjang misalnya Bab 8 – Perjalanan ke Luar Negara, mencakupi hampir satu perlima buku ini!

Sewaktu membelek buku ini ketika diberikan oleh sahabat tadi, hati saya terdetak, siapa Hashim Abdul Wahab, apabila melihat saya berkerut memikirkan siapakah penulisnya, semacam tahu riak ingin tahu saya, sahabat saya mencelah – bacalah dulu!

Menyelami buku ‘Mencari Kebahagiaan’ selama beberapa hari cuti saya di utara, saya terus terpaku menghabiskan setiap halaman, malah mengulang baca sesetengah halaman kerana keperincian butirannya misalnya dalam Bab 8 – Perjalanan Ke Luar Negara, semacam mengikuti taklimat dari pemandu pelancong, tulisan penulis ini begitu mengujakan apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah melawat negara-negara asing.

Urutan kisah dalam ‘Mencari Kebahagiaan’ memang dalam kronologi yang tersusun, dari kelahiran sebagai anak kampung yang ‘nakal’, menjadi pelajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, menjadi siswa di Kolej Pertanian Serdang (kini UPM), melanjutkan pelajaran ke luar negara, memulakan kerjaya dalam bidang pertanian, menjadi pentadbir, sebagai Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, dan akhirnya sebagai pemimpin korporat. Kisah manis beliau juga disulami dengan minat beliau terhadap kerja-kerja kemasyarakatan, pengembaraan di samping penglibatan dalam menyuburkan ‘senaman minda’ – aspek intelektualisme.

Menyelusuri perjalanan hidup Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab, memang mengasyikan kerana selesai membacanya keinginan saya untuk menemui penulis ini membuak-buak, bukan kerana dirinya tetapi tulisannya yang mampu menjadi cermin dirinya seolah-olah kita telah mengenali peribadi beliau, seorang yang lembut, berwawasan, mencintai alam sekitar dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya mahupun orang bawahannya - selepas menamatkan halaman terakhir buku ini!

Alam adalah guru yang terbaik – itulah kesimpulan saya selesai membaca ‘Mencari Kebahagiaan’- syabas dan tahniah kepada penulisnya – Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab kerana memoirnya yang mampu memberikan dimensi baru kepada pertanian!
Share this article :
 

+ komen + 10 komen

ustazah
12 Disember 2008 5:59 PTG

Assallamualaikum tuan sakat,mcmmana saya nk dptkan buku ini,brapa harganya..saya masih menaruh harapan..

mas jani
12 Disember 2008 6:05 PTG

salam tuan,apalah ngok sgt si ustazah ni..kan dh bagi laman web mana nk dptkan buku 2...x reti-reti lagi..udahlah tuan jgn dilayan siustazah ni..nyampah..anyway bro,nanti akan usahakan dptkn buku 2..

wak karim
12 Disember 2008 7:41 PTG

salam tuan..semua brtolak dari niat..jika niat yg baik..Insyallah bahagia dunia dan akhirat..t kasih kerana brkongsi pengalaman pembacaan tuam..

13 Disember 2008 3:07 PG

Wah, cepat menghadam buku ini, terima kasih kerana menitipkan catatan tentang buku yang istimewa ini. Sewajarnya tokoh2 yang banyak pengalaman membukukan kisah hidup mereka. Tentu banyak pengalaman dan panduan hidup dapat dikutip.

Memoir, pada saya sungguh menginspirasikan. Saya suka baca memoir...paling terkesan kisah Pak Said Zahari, dalam bukunya, "Dalam Ribuan Mimpi Gelisah..."

SIS
13 Disember 2008 9:46 PG

Salam..tuan KS..Kebahagiaan terbit dari hati yang bahagia..apa yang ada dan apa yang berlaku dipersekitaran menyumbang kpd kebahagian itu..hati dan minda yang menghayati kejadian Tuhan..pasti tenang dan bahagia..pengalaman adalah guru kehidupan..buku mcm ni memang bagus diwar-warkan..sebab tak ramai yang tahu..

wongjowo
13 Disember 2008 4:09 PTG

salam tuan..buku ni Insyallah akan saya dptkan..

14 Disember 2008 3:58 PG

alam sebagai pembelajaran menjadikan manusia kepada dua jenis..iaitu lebih positif untuk kehidupan ataupun sebaliknya..

terpulang pada akal dan hati yang memilih mana satu untuk diterima..

SIS
16 Disember 2008 2:04 PTG

Petikan dari ruang ' buka minda' dlm Midi 15 Dis 2008. Siapakah orang yang bahagia:-
1)Org yg dpt sediakan waktu utk membaca krn itu sumber hikmah
2)Org yg dpt sediakan waktu tertawa krn ia muzik jiwa
3)Org yg dpt sediakan waktu utk b'fikir krn ia pokok kemajuan
4)Org yg dpt sediakan waktu utk b'amal krn ia pangkal kejayaan
5)Org yg dpt sediakan waktu utk b'senda krn ia membuat kita muda selalu
6)Org yg dpt sediakan waktu utk b'ibadat krn ia ibu segala ketenangan jiwa.

Tanpa Nama
25 April 2014 3:24 PTG

SYABAS DATO'...
ANDA MEMANG HEBAT..di kala bersua..sentiasa memberi kata2 perangsang dan semangat kpd saudara-mara untuk terus maju dalam hidup..terima kasih.

18 Mac 2015 10:22 PTG

Terima kaseh Kaki Sakat kerana ulasan buku karangan saya 'Mencari Kebahagian' yang telah di terbitkan hampir 5 tahun lalu yg baru saya terjumpa. Sebenarnya buku tersebut terjemahan dari penulisan asal bertajuk 'In Search of Happiness' dan kedua versi buku ini di terbit oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Inspirasi yg mendorong saya menulis adalah untuk meninggal legasi dan panduan hidup kepada generasi muda terutama dalam sejarah bangsa; peradaban bangsa; hidup imbang, sehat, aktif dan bahagia. Ada lain2 buku yang di terbitkan oleh saya - 1. Adventure Journeys in Sabah, 2. A Senior Citizen's Journeys of Happiness, 3. Keluarga Keturunan Tok Din dan Tok Piah. Saya aktif dalam penulisan blog yang boleh di ikuti di: Dr. Hashim's JofHappiness. Juga postings saya dapat diikuti di Akaun Google:Hashim Abdul Wahab dan Facebook: Hashim bin Abdul Wahab. Salam sejahtera.

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger