MENCARI KEBAHAGIAAN
(Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab (kanan) ketika berusia 65 tahun (2003) menyertai acara berbasikal demi keamanan Peace Through Tourism: 2003 Seoul Beijing Bicycle Tour)
Apa lagi yang diimpikan oleh seseorang insan, apabila usia telah menjangkau hampir tujuh dekad. Apatah lagi apabila kerjaya dan keluarga telah mencapai tahap kemuncak – ‘pinnacle of life’ – hanyalah mencari dan mengecapi kebahagiaan.
Minggu lepas, sahabat editor saya – Sdr. Rozlan Mohd Noor (http://www.celikhuruf.blogspot.com/) memberikan senaskhah buah tangan terbarunya – Mencari Kebahagiaan karya Hashim Abdul Wahab. Tajuk kecilnya – ‘Memoir seorang ahli pertanian, pengurus penyelidik, pengembara, pekerja kemasyarakatan dan pemimpin korporat’.
Apabila saya pulang bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu, saya terus menghayati tulisan dalam buku terbitan Utusan Publications & Distributors (http://www.mybooks.com.my/) setebal 414 halaman. Terbahagi kepada 14 bab yang tidak sekata kerana ada bab yang agak panjang misalnya Bab 8 – Perjalanan ke Luar Negara, mencakupi hampir satu perlima buku ini!
Sewaktu membelek buku ini ketika diberikan oleh sahabat tadi, hati saya terdetak, siapa Hashim Abdul Wahab, apabila melihat saya berkerut memikirkan siapakah penulisnya, semacam tahu riak ingin tahu saya, sahabat saya mencelah – bacalah dulu!
Menyelami buku ‘Mencari Kebahagiaan’ selama beberapa hari cuti saya di utara, saya terus terpaku menghabiskan setiap halaman, malah mengulang baca sesetengah halaman kerana keperincian butirannya misalnya dalam Bab 8 – Perjalanan Ke Luar Negara, semacam mengikuti taklimat dari pemandu pelancong, tulisan penulis ini begitu mengujakan apatah lagi bagi mereka yang tidak pernah melawat negara-negara asing.
Urutan kisah dalam ‘Mencari Kebahagiaan’ memang dalam kronologi yang tersusun, dari kelahiran sebagai anak kampung yang ‘nakal’, menjadi pelajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, menjadi siswa di Kolej Pertanian Serdang (kini UPM), melanjutkan pelajaran ke luar negara, memulakan kerjaya dalam bidang pertanian, menjadi pentadbir, sebagai Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, dan akhirnya sebagai pemimpin korporat. Kisah manis beliau juga disulami dengan minat beliau terhadap kerja-kerja kemasyarakatan, pengembaraan di samping penglibatan dalam menyuburkan ‘senaman minda’ – aspek intelektualisme.
Menyelusuri perjalanan hidup Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab, memang mengasyikan kerana selesai membacanya keinginan saya untuk menemui penulis ini membuak-buak, bukan kerana dirinya tetapi tulisannya yang mampu menjadi cermin dirinya seolah-olah kita telah mengenali peribadi beliau, seorang yang lembut, berwawasan, mencintai alam sekitar dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk dirinya mahupun orang bawahannya - selepas menamatkan halaman terakhir buku ini!
Alam adalah guru yang terbaik – itulah kesimpulan saya selesai membaca ‘Mencari Kebahagiaan’- syabas dan tahniah kepada penulisnya – Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab kerana memoirnya yang mampu memberikan dimensi baru kepada pertanian!

Ulasan
Memoir, pada saya sungguh menginspirasikan. Saya suka baca memoir...paling terkesan kisah Pak Said Zahari, dalam bukunya, "Dalam Ribuan Mimpi Gelisah..."
terpulang pada akal dan hati yang memilih mana satu untuk diterima..
1)Org yg dpt sediakan waktu utk membaca krn itu sumber hikmah
2)Org yg dpt sediakan waktu tertawa krn ia muzik jiwa
3)Org yg dpt sediakan waktu utk b'fikir krn ia pokok kemajuan
4)Org yg dpt sediakan waktu utk b'amal krn ia pangkal kejayaan
5)Org yg dpt sediakan waktu utk b'senda krn ia membuat kita muda selalu
6)Org yg dpt sediakan waktu utk b'ibadat krn ia ibu segala ketenangan jiwa.
ANDA MEMANG HEBAT..di kala bersua..sentiasa memberi kata2 perangsang dan semangat kpd saudara-mara untuk terus maju dalam hidup..terima kasih.