MAAL HIJRAH 1430 vs TAHUN BARU 2009

"aku mencintai mu seperti ini, setahun 365 hari (masihi lagi)
berdenyut tak berhenti dan menyerah dalam bakti!"

Pada 29 Disember nanti kita akan menyambut Maal Hijrah 1430 dan beberapa hari selepas itu pula tahun 2009 akan menjelang. Sejak dua minggu lalu saya dihujani pelbagai soalan mengenai azam tahun baru 2009, malah tiada langsung mengingati tahun Hijrah 1430.

Seingat saya, telah menjadi amalan saya menulis tarikh hijrah bersebelahan dengan tarikh masihi dalam semua urusan termasuk surat menyurat oleh saya.

Adakah sambutan Maal Hijrah di Negara ini dipandang sepi, malah penyertaan para pemimpin pada sambutan Maal Hijrah seperti tempelan berbanding sambutan Tahun Baru masihi- saya teringat beberapa tahun lalu, seorang pemimpin tinggi Kerajaan berkejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain bagi menyambut tahun baru. Ironisnya sambutan Maal Hijrah hanya sekadar biasa-biasa sahaja (mungkin mengambil pendekatan sederhana selaras dengan prinsip Islam Hadhari!). Sambutan Tahun Baru pula dengan konsert mega di beberapa lokasi di ibu Negara malah sambutan yang sama di peringkat negeri. Sambutan di ibu kota telah beberapa tahun ditaja oleh sebuah institusi perbankan yang menyatakan diri mereka – sebuah bank untuk semua urusan kewangan Islam!

Walau apa pun kepercayaan dan pendekatan oleh seseorang, saya yakin keazaman memperbaiki diri akan sentiasa menjadi keutamaan dalam hidup seseorang.

Catatan Kaki: Mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430 untuk semua pengunjung, peminat, teman-teman berblog, pembaca, pengkagum dan pengkritik. Doa dan azam saya – untuk terus menjadi Muslim yang lebih baik, InsyaAllah.
Share this article :
 

+ komen + 8 komen

SIS
26 Disember 2008 5:30 PTG

salam tuan..azam ditahun baru 1430 hijrah dan 2009 masehi...moga hari2 mendatang aku lebih baik dari hari semalam..

Mama
26 Disember 2008 5:33 PTG

salam tn ks..bertambah tahun bermakna berkurang hayat yang ada..

ustazah
26 Disember 2008 5:54 PTG

salam tuan- adakah tuan ks sdg sakit kerana gmbr2 pilihan tuan seakan menimbulkan keanehan - kubur/penggali kubur.sy masih mnyimpan azam dn iltizam terhadap tuan.doa saya tn ks akan terus beblog dan menjadi penyebar ilmu dan percambahan minda..saya peminat fanatik M.Nasir..

niza
26 Disember 2008 5:58 PTG

kubur mengingatkan mati,smua kita akan mati jua satu hari,sy teman aisyah, seronok baca blog ni..teruskan

anip
26 Disember 2008 7:36 PTG

salam maal hijrah utk tn juga..gambar 2 ada apa2 ke..

hani
26 Disember 2008 7:40 PTG

saya suka sgt pada kata-kata yg mengiringi gambar pilihan tuan..

karim
26 Disember 2008 11:43 PTG

makin tua makin hmpir dgn kematian..salam maal hijrah jg utk tuan sakat..

azhar
27 Disember 2008 9:09 PTG

salam maal hijrah kpd semua pengunjung blog ni..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger