ALAHAI TABUNG HAJI!


(Struktur syarikat Tabung Haji - sumber : www.tabunghaji.gov.my)

Sejak penubuhannya pada tahun 1966, Tabung Haji yang diilhamkan oleh Prof. DiRaja Ungku Aziz pada tahun 1963, telah berjaya membantu rakyat negara ini untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah.

Tetapi apa yang mengecewakan ialah matlamat asal penubuhan Tabung Haji – dahulunya dikenali sebagai Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) dan kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji atau Tabung Haji, ialah kegagalan memastikan tambang haji lebih kompetif berasaskan ‘economies of scale’ – makin ramai yang menunaikan haji berdasarkan populasi sesebuah negara misalnya pada tahun ini lebih 27,000 rakyat kita menunaikan haji melalui Tabung Haji, sepatutnya menjadi lebih murah dan bukan sebaliknya, namun hal ini tidak berlaku dan saban tahun Tabung Haji dilaporkan terpaksa menanggung subsidi bagi memastikan urusan haji para jemaah berjalan lancar.

Perdana Menteri sudah bertukar sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan haji juga telah ramai bertukar dengan yang terbaru YB Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi, malah ketika zaman YB Datuk Abdullah Md. Zin, sebuah jabatan khusus berhubung urusan haji telah ditubuhkan – JAWHAR (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji) pada 1 Ogos 2004. JAWHAR yang ditubuhkan ini ekoran cadangan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa pembentukan kabinet pada 27 Mac 2004, selepas kemenangan besar Barisan Nasional.

Malah Pengerusi Tabung Haji juga telah ramai yang memegang tampuknya seperti Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang pernah memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji di samping nama-nama antara lainnya seperti Tan Sri Zainol dan Datuk Hanafiah Ahmad.

Pada tahun haji 2002, kenaikan juga berlaku dengan pelbagai alasan seperti peningkatan tambang kapal terbang dan kos penempatan jemaah haji di Tanah Suci.

Pada mesyuarat 1 Ogos 2001 lepas, kabinet bersetuju dengan cadangan Tabung Haji menaikkan kadar mengerjakan haji daripada RM8,585 seorang kepada RM9,445 untuk jemaah Semenanjung, RM9,530 (Sarawak) dan RM9,575 (Sabah).

“Kenaikan ini adalah sederhana dan berdasarkan penelitian yang terperinci setelah mengambil kira masalah yang akan dihadapi oleh bakal jemaah dan mengambil kira tanggungjawab Tabung Haji” - Senator Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin, Menteri Jabatan Perdana Menteri

(Utusan Malaysia - 16 Ogos 2001)


Tabung Haji pernah menaikkan perbelanjaan mengerjakan haji pada 1998 iaitu daripada RM6,000 bagi jemaah Semenanjung kepada RM7,831, jemaah Sarawak pula dari RM6,150 kepada RM8,051 manakala jemaah Sabah dari RM6,310 kepada RM8,211.

Dengan pendeposit berjumlah hampir 5.67 juta, dan pelaburan di pelbagai sektor khususnya perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, perkhidmatan haji dan umrah, dan pengeluaran dan pengedaran makanan halal - adalah sukar mempercayai bahawa kos mengerjakan haji meningkat saban tahun! Dan yang agak malang ialah selain peningkatan tersebut, Tabung Haji masih lagi berterusan memberikan subsidi pada setiap tahun di samping pelbagai sumbangan barangan oleh korporat melalui Program Sahabat Korporat Tabung Haji.

Adalah agak sukar mempercayai setelah Tabung Haji berusia lebih empat dekad, dan telah membantu berjuta umat Islam di negara ini memenuhi rukun Islam yang kelima itu masih tidak dapat memikirkan faktor meminimakan kos mengerjakan haji. Seharusnya cabaran ini disahut oleh pengurusan Tabung Haji!

Dilaporkan bahawa kos mengerjakan ibadat haji bagi musim 1430 pula akan meningkat sebanyak RM2600 menjadikan kosnya ialah RM11500.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa tiada jaminan bahawa kadar tambang haji akan kekal seperti pada musim ini berikutan kenaikan kos penginapan serta bahan makanan di Mekah dan Madinah.

"Dalam pada itu pula hasil pelaburan TH dalam perladangan sawit berkurangan berikutan harga minyak sawit turun, syukur Alhamdulillah bagi tahun ini, harga minyak sawit yang tinggi sebelum ini membolehkan TH berupaya mengekalkan kadar wang naik haji bagi musim ini dengan mengeluarkan subsidi hampir RM100 juta, dengan harga minyak sawit turun sekarang, agak mustahil bagi TH mengeluarkan subsidi sebanyak itu bagi tahun depan,". Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


(Utusan Malaysia -30 Nov 2008)

Apakah dengan kenaikan yang kerap, monopoli hak eksklusif Tabung Haji sebagai pengendali tunggal urusan haji di negara ini, patut dikaji semula?

Mungkin YB Dato’ Dr. Zahid Hamidi, mampu merubah senario pengurusan Tabung Haji pada masa ini. Beliau pernah menjadi ahli korporat malah pernah menjadi Pengerusi beberapa syarikat tersenarai di samping pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional. Perlu ada keazaman politik kot!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Aslmkum, saya 100 % setuju komen tuan sakat pasal TH, tiap tahun ada saja ahli keluarga sy yg naik hj..dan seingat sy setiap thun berlaku perubahan harga yg menaik..moga akan mmbuka mata Kerajaan utk mmberi kpd sykt lain sama..syabas.
Tanpa Nama berkata…
tahniah tulisan yg bernas (cam beras lak plak)..
Tanpa Nama berkata…
inilah yang akan terjadi sekiranya TH terus dipimpin oleh alp yang tidak matang ukhrawinya.Dan harus diingat dalam beribadah ,bukan keselesaan yang dituntut tapi keikhlasan, aku pun bila nak gi haji kalau cuaca macam ni,ikan dah mula kurang ,Subhanallah.
Tanpa Nama berkata…
TH patut mencari idea baru dan lebih kreatif bagi mengatasinya,setuju dengan lan fisherman keikhlasan itulah yang membawa kepada keberkatan..
Tanpa Nama berkata…
saya kira TH patut ada rombakan pengurusan,tuan sakat org korporat ke@org seni@...nak sangatla kenal tuan..saya semakin hari semakin teruja dgan tuan,,maafla..
hidup kaki sakat. teruskan memerhati gelagat sosial, gelagat manusia.
ustaz hanafi berkata…
sila layar

http://lanunth.blogspot.com/

untuk berita "terkini" tabung haji.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?