PINTAR YANG BEBAL
Saya hanya tersenyum apabila
membaca berita bahawa Indonesia akan membina terowong bagi mengatasi masalah
banjir di Jakarta. Agak melucukan kerana
membuat saya sentiasa teringat kepada terowong ‘smart’ di ibu kota.
Anehnya, terowong ‘smart’ adalah salah satu yang mampu
membuat saya tersenyum dan ceria apabila perasaan benar-benar rasa kecewa atau stress, apa tidaknya, setiap kali
membayar RM2.00 melalui terowong ‘smart’
memberikan sebagai satu kelegaan kepada saya.
Kadangkala saya sengaja mencari peluang untuk melalui terowong ‘smart’, sebagai satu terapi.
Apabila Perdana Menteri
membentangkan Bajet 2013 pada penghujung September lalu, antara insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah
pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pemilikan telefon pintar oleh belia
berpendapatan RM3000 dan ke bawah.
Minggu lalu pula Suruhanjaya
Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan bahawa rebat tersebut
hanya mencakupi pembelian telefon pintar di bawah RM500, anehnya ‘entry level’ bagai telefon pintar yang
agak boleh dibanggakan adalah pada paras RM1000. Banyak pihak yang memandang sinis pengumuman
SKMM, malah banyak komen-komen sinikal terhadap harga siling yang ditetapkan
oleh SKMM.
Presiden MCA pula membantah
penetapan harga siling telefon pintar pada kadar bawah RM500 bagi menikmati
rebat RM200 kerana menurutnya “golongan
belia hanya akan mendapat telefon pintar ‘cikai’ pada harga tersebut”.
Memang sukar merasionalkan alasan
SKMM terhadap harga siling telefon pintar berharga RM500, adakah pihak SKMM
mempunyai solusi terhadap telefon pintar berharga RM500. Anehnya jika telefon pintar berharga RM500
diberikan pula rebat bernilai RM200, maka apa yang perlu dibayar oleh para
belia hanyalah RM300.
Mungkin ini adalah ‘penghinaan’
secara bawah sedar kepada golongan belia oleh pihak SKMM, sepatutnya seperti
yang diungkapkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Presiden MCA,
Datuk Seri Chua Soi Lek, penetapan harga siling untuk menikmati rebat RM200
adalah sesuatu tindakan yang ‘kurang bijak’.
SKMM sepatutnya meninggalkan
keputusan pembelian telefon pintar pada sebarang harga bagi membolehkan mereka
menikmati rebat tersebut, tanpa menetapkan harga siling yang tidak masuk
akal. Jika penetapan ini berterusan
dikhuatiri telefon yang sepatutnya pintar bakal menjadi bebal!
Ulasan