HALAL HALAL HALAL


Mulai 1 Januari 2013, penguatkuasaan terhadap logo dan ungkapan halal seperti ditanggung halal, makanan orang Islam, bufet Ramadan dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan serta memperdayakan umat Islam di negara ini adalah dilarang.

Semua syarikat pengeluar, pengedar makanan atau produk yang menggunakan logo dan ungkapan halal selain daripada yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan dikenakan tindakan.

Menurut JAKIM penguatkuasaan larangan itu berikutan tempoh peralihan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan & Penandaan Halal) 2011 yang diberikan selama setahun yang bakal tamat hujung tahun ini.

Akta Perintah Perihal Dagangan (Perakuan & Penandaan Halal) 2011 telah diluluskan Parlimen pada 11 Julai 2011, menetapkan JAKIM dan MAIN sebagai agensi berwibawa yang boleh mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia.

Seksyen 28 dan Seksyen 29 adalah dua seksyen dalam APD 2011 yang berkaitan pensijilan halal, seksyen 28 mengenai peruntukan kuasa Menteri KPDNKK manakalah seksyen 29 merujuk kepada pihak berkuasa yang diperakukan untuk melaksanakan pensijilan halal.

Sebagai umat Islam dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, memanglah menyambut baik pengenalan APD 2011 yang bakal berkuatkuasa pada 1 Januari nanti, namun apa yang lebih penting ialah soal penguatkuasaan perundangan ini dan sejauh mana kepatuhan pemain industri mengenainya. 

Selepas diberikan tempoh selama setahun adalah mustahil bagi pemain industri khususnya pengeluar dan pengedar produk makanan di negara ini untuk terus memberikan alasan.

JAKIM, MAIN  dan KPDNKK seharusnya bertegas dalam soal pemakanan halal sebagai satu tanggungjawab penting demi memastikan produk makanan yang ditawarkan kepada umat Islam di Malaysia benar-benar halal dan menepati segala aspek halal.

Mungkin selepas ini, orang awam seperti anda dan saya mempunyai ‘locus standi’ untuk menyaman Kerajaan dan pihak-pihak seperti JAKIM, MAIN dan KPDNKK jika penguatkuasaan logo halal dan pensijilan halal tidak sewajarnya atau penguatkuasaan yang lemah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
adakah sepanjang 2012 makanan yg kita makan halal sepenuhnya?...
Tanpa Nama berkata…
mari kita tngok sapa yng kena..
SIS berkata…
kita mmg bermasaalah..sbb hanya pandai merancang itu ini tetapi perlaksanaan dan penguatkuasaan hancusss..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU