SOKONG MEMBAWA REBAH
Sekurang-kurang itulah sebenarnya
tanggapan umum apabila membaca tulisan mantan Menteri Penerangan, Tan Sri
Zainuddin Maidin dalam akhbar Utusan Malaysia 10 Disember yang lalu.
Amat malang, tulisan ini adalah
oleh seorang mantan menteri, wartawan dan editor kanan. Mungkin inilah realiti sebenarnya seorang
menteri dalam kerajaan Barisan Nasional yang begitu terdesak.
Ini bukan kali pertama, mantan
menteri itu ‘merapu’ malah dalam zaman pemerintahan Pak Lah, juga menteri ini
pernah dipinggirkan kerana ‘kenyataan’ yang dianggap ‘beban’ kepada kerajaan.
Tulisan mantan menteri yang
mengulas kehadiran mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie atas undangan Kerajaan
Negeri Selangor amat memalukan. Tulisan
ini yang dilihat seperti usaha ‘mengampu’ kerajaan sedia ada seperti sokong
membawa rebah pula.
Ketika Perdana Menteri sedang
giat berusaha ‘memarmarkan’ hubungan diplomasi dan semangat serumpun di antara
dua buah negara, apatah lagi selepas pelbagai isu seperti isu pembantu rumah
yang belum selesai, tulisan oleh seorang mantan menteri seperti Zainuddin
Maidin, amatlah dikesalkan dan memalukan.
Mantan menteri yang dikhabarkan
kini menjadi karyawan tamu di Institut Pemikiran Tun Mahathir di Universiti
Utara Malaysia, seolah-olah tidak peka dengan perkembangan hubungan Malaysia
dan Indonesia pada ketika ini, memperjelaskan lagi bagaimana tidak ‘cerdik’nya
beliau.
Selain terdapat kesalahan fakta
dalam tulisan mantan menteri ini, tulisannya sangat dangkal, tidak beretika dan
menyimpang daripada landasan integriti, anehnya mantan menteri ini adalah bekas
pelajar Maktab Mahmud Alor Setar!
Tuduhan sebagai anjing imperilis
ke atas seorang mantan Presiden sebuah negara lain adalah dianggap sangat
biadap oleh seorang jiran tetangga, mungkin selepas ini mantan menteri itu
harus diajar bagaimana adab orang berjiran.
BJ Habibie sendiri sebagai mantan
Presiden Indonesia tidak pernah dihina dan dilabel sebagai ‘pengkhianat bangsa Indonesia’ kerana sumbangan beliau dalam masa yang
singkat menjadi Presiden Indonesia.
Inikan pula dihina begitu rupa, apatah lagi ketika menjadi tetamu sebuah
kerajaan negeri.
Mantan menteri ini sepatutnya ‘mencermin’
diri sendiri kerana masih dikenang jasanya biarpun telah terbukti ditolak oleh
rakyat dalam Pilihanraya Umum 2008.
Mungkin tulisan mantan menteri
ini dianggap ‘sumbangan besar’ nya ke arah memperlekehkan Ketua Umum PKR, namun
dengan memperlekeh, menghina dan melabel mantan Presiden Indonesia, sebenarnya
tulisan mantan menteri ini adalah sokong yang membawa rebah!
Ulasan