SOKONG MEMBAWA REBAH


Sekurang-kurang itulah sebenarnya tanggapan umum  apabila membaca tulisan mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam akhbar Utusan Malaysia 10 Disember yang lalu.

Amat malang, tulisan ini adalah oleh seorang mantan menteri, wartawan dan editor kanan.  Mungkin inilah realiti sebenarnya seorang menteri dalam kerajaan Barisan Nasional yang begitu terdesak.

Ini bukan kali pertama, mantan menteri itu ‘merapu’ malah dalam zaman pemerintahan Pak Lah, juga menteri ini pernah dipinggirkan kerana ‘kenyataan’ yang dianggap ‘beban’ kepada kerajaan.

Tulisan mantan menteri yang mengulas kehadiran mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie atas undangan Kerajaan Negeri Selangor amat memalukan.  Tulisan ini yang dilihat seperti usaha ‘mengampu’ kerajaan sedia ada seperti sokong membawa rebah pula.

Ketika Perdana Menteri sedang giat berusaha ‘memarmarkan’ hubungan diplomasi dan semangat serumpun di antara dua buah negara, apatah lagi selepas pelbagai isu seperti isu pembantu rumah yang belum selesai, tulisan oleh seorang mantan menteri seperti Zainuddin Maidin, amatlah dikesalkan dan memalukan.

Mantan menteri yang dikhabarkan kini menjadi karyawan tamu di Institut Pemikiran Tun Mahathir di Universiti Utara Malaysia, seolah-olah tidak peka dengan perkembangan hubungan Malaysia dan Indonesia pada ketika ini, memperjelaskan lagi bagaimana tidak ‘cerdik’nya beliau.

Selain terdapat kesalahan fakta dalam tulisan mantan menteri ini, tulisannya sangat dangkal, tidak beretika dan menyimpang daripada landasan integriti, anehnya mantan menteri ini adalah bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar! 

Tuduhan sebagai anjing imperilis ke atas seorang mantan Presiden sebuah negara lain adalah dianggap sangat biadap oleh seorang jiran tetangga, mungkin selepas ini mantan menteri itu harus diajar bagaimana adab orang berjiran.

BJ Habibie sendiri sebagai mantan Presiden Indonesia tidak pernah dihina dan dilabel sebagai ‘pengkhianat bangsa Indonesia’  kerana sumbangan beliau dalam masa yang singkat menjadi Presiden Indonesia.  Inikan pula dihina begitu rupa, apatah lagi ketika menjadi tetamu sebuah kerajaan negeri.

Mantan menteri ini sepatutnya ‘mencermin’ diri sendiri kerana masih dikenang jasanya biarpun telah terbukti ditolak oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum 2008.

Mungkin tulisan mantan menteri ini dianggap ‘sumbangan besar’ nya ke arah memperlekehkan Ketua Umum PKR, namun dengan memperlekeh, menghina dan melabel mantan Presiden Indonesia, sebenarnya tulisan mantan menteri ini adalah sokong yang membawa rebah!

Ulasan

SIS berkata…
sekarang ni ramai yg 'nyayok' kot...
anep berkata…
biasala bodek & ampo gaya bee end..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?