CATATAN HUJUNG TAHUN


Kurang 90 minit  kita akan melangkah ke tahun 2013, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam tahun 2012, secara peribadi, tahun 2012 adalah tahun yang kurang produktif bagi saya.

Hujung tahun 2012, saya akhiri dengan berada jauh dari ibu kota, spesifiknya berada di Sungai Besar, lebih kurang 160 kilometer  daripada kediaman saya.  Saya bukan sengaja tidak mahu meraikan sambutan tahun baru 2013 di ibu kota.

Sejujurnya saya memang tidak pernah meraikan sambutan tahun baharu.  Sambutan Tahun Hijrah memang ada diraikan dengan menunaikan solat bersama keluarga di Masjid Negara.

Mungkin sambutan Tahun Hijrah tidak semeriah sambutan tahun baharu,maka jalan juga tidak sesesak ketika sambutan tahun baharu masihi, maka itu menjadi sebab saya lebih meraikan sambutan tahun hijrah berbanding tahun masihi.

Secara peribadi, memang saya akui saya agak tidak produktif pada tahun 2012, mungkin agak sedikit sibuk dengan urusan-urusan yang tidak bersifat keuntungan. 

Blog ini juga menyaksikan pelbagai isu yang dibangkitkan lewat entri-entri menjadi polemik dan ketidakpuasan hati kepada sesetengah pihak.  Namun saya sentiasa berpegang kepada prinsip mengenegahkan kebenaran, walaupun kadang-kadang agak pahit.

Harapan saya tahun 2013 akan memberikan sinar dan peluang yang lebih bukan sahaja kepada diri saya malah rakan-rakan seperjuangan.

Selamat Tahun Baru 2013!



Ulasan

siti berkata…
selamat tahun baru 2013..
SIS berkata…
semoga hr esok lebih baik dari hari ini dan hari semalam...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?