AINUDDIN PEJUANG DEGIL MELAYU


Salah satu kecenderungan saya ialah membeli beli buku apabila sahaja punya kesempatan dan terjumpa dengan bahan-bahan yang menarik.  Namun satu kelemahan saya ialah tidak terus membaca bahan yang saya beli kerana kesibukan dan hambatan tugas.

Pada Jumaat lepas, ketika pulang bercuti ke kampung saya membawa buku yang telah saya beli sebelumnya.  Buku tulisan Fatini Yaacob – Ainuddin Pejuang Degil Melayu, ironinya buku ini saya miliki ketika menghadiri majlis Aidil Fitri di rumah penulisnya pada 7 September yang lalu dan menariknya saya membacanya pada 7 Disember yang lalu.

Buku biografi ‘Ainuddin Pejuang Degil Melayu’ menyingkap  sejarah penubuhan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan rintis yang telah dilakukan oleh Tan Sri Ainuddin Wahid.

Kisah bagaimana Sekolah Teknik menjadi Maktab Teknik Kuala Lumpur (MTKL) yang dinaiktaraf menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dan akhirnya menjadi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada hari ini.  

Menariknya ini adalah kisah bagaimana Tan Sri Ainuddin Wahid yang diamanahkan sebagai Pengetua MTKL yang pertama daripada kalangan anak Melayu oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak pada usia 40 tahun.

Dengan latar belakang yang cemerlang dan keghairahan untuk menjadi jurutera telah mendorong Ainuddin menjejak kaki ke MTKL pada tahun 1949 seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Bristol sebelum kembali menjadi jurutera Melayu yang sangat menentang segala bentuk rasuah khususnya ketika menjadi jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR).

Kecemerlangan Ainuddin yang menjadikan Aminuddin Baki sebagai idolanya dan kepimpinan beliau dengan latar belakang pendidikan Islam yang begitu mendalam memungkinkan beliau mempraktikkan kehidupan yang sederhana dan pendekatan Islamiknya.

Ketika menerajui MTKL beliau memperkenalkan subjek Pendidikan Islam sebagai salah satu keperluan dalam pengajian di MTKL.  Walaupun dibantah keras namun ianya berjaya dilakukan, namun usaha beliau menetapkan pemakaian songkok ketika upacara konvokesyen mendapat tentangan hebat daripada parti dominan cina MCA.  Namun desakan kepada Barisan Nasional dan UMNO akhirnya memaksa Ainuddin menarik balik ketetapan ini.

Kecintaan kepada bangsanya mendorong beliau memikirkan pelbagai kaedah bagi membolehkan peningkatan pelajara Melayu di bidang teknik khususnya di MTKL sendiri yang sebelum ini menetapkan kuota 10:90 berjaya diubah menjadi 90:10 dalam masa 5 tahun sahaja, satu pencapaian yang membuktikan bagaimana kedudukan sebagai pentadbir MTKL benar-benar dimanfaatkan untuk membantu bangsanya.

Membaca kisah dalam Ainuddin Pejuang Degil Melayu benar-benar meruntun naluri saya bagaimana seorang seperti beliau dengan penuh rasa ikhlas, kasih sayang berusaha membantu bangsanya selain usahanya menerapkan nilai-nilai Islam sebagai usaha meningkatkan jati diri para pelajarnya.

Pada masa ini tentulah tidak ramai Ainuddin seperti beliau, yang meletakkan kepentingan bangsanya mengatasi kepentingan peribadi.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
saya dah bacanya juag..
SIS berkata…
saya mengenali beliau sebagai...Penasihat kehormat Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN)...sebelum ini sy masih tertanya2 siapakah Tan Sri Ainudin sebenarnya...jawapannya sy dpt dlm blog tuan..terima kasih atas entry tn....

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?