HALAL HALAL HALAL
Mulai 1 Januari 2013, penguatkuasaan
terhadap logo dan ungkapan halal seperti ditanggung halal, makanan orang Islam,
bufet Ramadan dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan serta
memperdayakan umat Islam di negara ini adalah dilarang.
Semua syarikat pengeluar,
pengedar makanan atau produk yang menggunakan logo dan ungkapan halal selain
daripada yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan dikenakan tindakan.
Menurut JAKIM penguatkuasaan
larangan itu berikutan tempoh peralihan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan
& Penandaan Halal) 2011 yang diberikan selama setahun yang bakal tamat
hujung tahun ini.
Akta Perintah Perihal Dagangan (Perakuan
& Penandaan Halal) 2011 telah diluluskan Parlimen pada 11 Julai 2011,
menetapkan JAKIM dan MAIN sebagai agensi berwibawa yang boleh mengeluarkan
sijil dan logo halal di Malaysia.
Seksyen 28 dan Seksyen 29 adalah
dua seksyen dalam APD 2011 yang berkaitan pensijilan halal, seksyen 28 mengenai
peruntukan kuasa Menteri KPDNKK manakalah seksyen 29 merujuk kepada pihak
berkuasa yang diperakukan untuk melaksanakan pensijilan halal.
Sebagai umat Islam dalam sebuah
negara berbilang kaum seperti Malaysia, memanglah menyambut baik pengenalan APD
2011 yang bakal berkuatkuasa pada 1 Januari nanti, namun apa yang lebih penting
ialah soal penguatkuasaan perundangan ini dan sejauh mana kepatuhan pemain industri
mengenainya.
Selepas diberikan tempoh selama
setahun adalah mustahil bagi pemain industri khususnya pengeluar dan pengedar
produk makanan di negara ini untuk terus memberikan alasan.
JAKIM, MAIN dan KPDNKK seharusnya bertegas dalam soal
pemakanan halal sebagai satu tanggungjawab penting demi memastikan produk
makanan yang ditawarkan kepada umat Islam di Malaysia benar-benar halal dan
menepati segala aspek halal.
Mungkin selepas ini, orang awam
seperti anda dan saya mempunyai ‘locus
standi’ untuk menyaman Kerajaan dan pihak-pihak seperti JAKIM, MAIN dan
KPDNKK jika penguatkuasaan logo halal dan pensijilan halal tidak sewajarnya
atau penguatkuasaan yang lemah.
Ulasan