PINTAR YANG BEBAL


Saya hanya tersenyum apabila membaca berita bahawa Indonesia akan membina terowong bagi mengatasi masalah banjir di Jakarta.  Agak melucukan kerana membuat saya sentiasa teringat kepada terowong ‘smart’ di ibu kota.

Anehnya, terowong ‘smart’ adalah salah satu yang mampu membuat saya tersenyum dan ceria apabila perasaan benar-benar rasa kecewa atau stress, apa tidaknya, setiap kali membayar RM2.00 melalui terowong ‘smart’ memberikan sebagai satu kelegaan kepada saya.  Kadangkala saya sengaja mencari peluang untuk melalui terowong ‘smart’, sebagai satu terapi.

Apabila Perdana Menteri membentangkan Bajet 2013 pada penghujung September lalu, antara insentif  yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pemilikan telefon pintar oleh belia berpendapatan RM3000 dan ke bawah.

Minggu lalu pula Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan bahawa rebat tersebut hanya mencakupi pembelian telefon pintar di bawah RM500, anehnya ‘entry level’ bagai telefon pintar yang agak boleh dibanggakan adalah pada paras RM1000.  Banyak pihak yang memandang sinis pengumuman SKMM, malah banyak komen-komen sinikal terhadap harga siling yang ditetapkan oleh SKMM.

Presiden MCA pula membantah penetapan harga siling telefon pintar pada kadar bawah RM500 bagi menikmati rebat RM200 kerana menurutnya “golongan belia hanya akan mendapat telefon pintar ‘cikai’ pada harga tersebut”.

Memang sukar merasionalkan alasan SKMM terhadap harga siling telefon pintar berharga RM500, adakah pihak SKMM mempunyai solusi terhadap telefon pintar berharga RM500.  Anehnya jika telefon pintar berharga RM500 diberikan pula rebat bernilai RM200, maka apa yang perlu dibayar oleh para belia hanyalah RM300.

Mungkin ini adalah ‘penghinaan’ secara bawah sedar kepada golongan belia oleh pihak SKMM, sepatutnya seperti yang diungkapkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, penetapan harga siling untuk menikmati rebat RM200 adalah sesuatu tindakan yang ‘kurang bijak’.

SKMM sepatutnya meninggalkan keputusan pembelian telefon pintar pada sebarang harga bagi membolehkan mereka menikmati rebat tersebut, tanpa menetapkan harga siling yang tidak masuk akal.  Jika penetapan ini berterusan dikhuatiri telefon yang sepatutnya pintar bakal menjadi bebal!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
skmm yg bebal..
SIS berkata…
setuju sgt2..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU