GULA-GULA POLITIK, MAAF BUKAN!


Perdana Menteri, semalam di hadapan hampir 9000 kakitangan awam yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 (MPPA XIII), di Putrajaya semalam mengumumkan pelbagai insentif kepada kakitangan awam di Malaysia. 

Hampir kesemua golongan penjawat awam berjumlah 1.4 juta menerima imbuhan daripada pengumuman ini.  Polis dan tentera menikmati penyelarasan gaji apabila gred gaji mereka disetarakan dengan perkhidmatan awam yang lain.

Malah Sistem Saraan Transformatif diperkenalkan menggantikan Sistem Saraan Baru yang menyaksikan peningkatan perbelanjaan sebanyak RM1.5 billion.

Selain daripada penyelarasan gaji kepada polis dan tentera, Perdana Menteri juga mengumumkan kenaikan gaji kepada kakitangan awam yang lain antara RM80 hingga RM320 berkuatkuasa Julai nanti.

Selain itu, kakitangan bertaraf kontrak juga menikmati lanjutan kontrak sehingga Disember 2014.  Bilangan kakitangan awam bertaraf kontrak adalah seramai 50,000 orang. 

Jika mengambilkira secara matematik yang mudah, kerajaan telah hampir berjaya memenuhi aspirasa hampir 8.5 juta rakyatnya.  Apa tidaknya, kakitangan awam berjumlah 1.4 juta orang, tentera, polis dan kakitangan awam bertaraf kontrak seramai 50000 orang.

Telah ada suara-suara sumbang malah Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara telah juga menjawab,  yang menganggap bahawa semua imbuhan yang ditawarkan kepada kakitangan awam sebagai ‘gula-gula’ menjelang pilihanraya umum yang ke-13.

Jika ditanya kepada siapa pun hatta kepada mereka yang menerima imbuhan ini, maka mereka tidak akan ragu-ragu untuk mengatakan bahawa inilah antara ‘gula-gula’ PRU-13, malah Perdana Menteri juga mengingatkan kakitangan awam untuk membuat keputusan yang bijak dalam PRU-13 akan datang dan berhati-hati dengan pihak yang hanya pandai berjanji tanpa menepatinya.

Betullah agaknya, mengumpulkan seramai 9000 kakitangan awam, mengumumkan imbuhan-imbuhan ketika bahang pilihanraya sedang hangat dan mengatakan ini adalah apa yang kerajaan mahu lakukan, dan bukannya ‘gula-gula’ pilihanraya.

Jika inilah yang diungkapkan maka kakitangan awam tiada apa yang perlu digusarkan jika memilih untuk mengundi pembangkang dalam PRU yang akan datang!  Ini kerana kedudukan mereka telah pun dijelaskan oleh Perdana Menteri sendiri.

Secara kebetulan,  majlis yang dihadiri semalam adalah Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 (MPPA XIII), dan bukannya pengumuman menjelang PRU-13, anda harus percaya!

Ulasan

SIS berkata…
undi adalh rahsia...kita tengok je nanti keputusan PRU13...kt perlu transformasi...parti pemerintah pun kena 'TRANSFORM'..bkn setakat org yang diperintah!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?