ANUGERAH AKADEMI EDISI KE-85


Berakhir sudah majlis Anugerah Akademi yang berlangsung pada Ahad yang lalu.  Edisi ke-85 ini menobatkan filem Argo sebagai Filem Terbaik, manakala pengarah Ang Lee terpilih sebagai Pengarah Terbaik melalui filem ‘The Life of PI’.

Argo filem thriller mengenai dunia penyiasatan CIA, drama yang diadaptasikan berdasarkan buku The Master of Disguise yang ditulis oleh Tony Mendez yang mengetuai operasi menyelamatkan enam orang diplomat Amerika Syarikat di Tehran, Iran ketika krisis tebusan Iran pada November  1979. Filem ini adalah buah tangan Ben Affleck yang bertindak sebagai pengarah di samping menjadi penerbit dan pelakon utamanya.

Argo mendapat tujuh pencalonan dan memenangi tiga anugerah – Filem Terbaik, Suntingan dan Lakon Layar Adaptasi.

Buah tangan pengarah Ang Lee, The Life of PI yang merupakan filem pengembaraan 3D berdasarkan novel oleh Yann Martel.  The Life of PI menerima 11 pencalonan dan memenangi empat anugerah termasuk Pengarah Terbaik selain Sinematografi, Skor Muzik, dan Kesan Khas.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Daniel Day Lewis mengulangi kejayaannya dalam filem My Left Foot (1989) dan There Will Be Blood (2007) dalam filem dram sejarah Lincoln.  Walaupun filem ini mendapat 12 pencalonan, namun hanya memenangi dua anugerah iaitu bagi kategori Pelakon Terbaik Lelaki dan Rekaan Produksi.

Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Jenifer Lawrence melalui filem romantik komedi The Silver Linings Playbook.  Filem  arahan David O Rusell menerima 8 pencalonan dan hanya memenangi satu anugerah.

Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki, diungguli oleh Christopher Waltz melalui filem arahan Quentin Taratino Django Unchained.  Christopher Waltz pernah memenangi anugerah bagi kategori yang sama melalui lakonannya dalam filem Inglourious Basterds (2009).  Selain memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki, ia juga memenangi anugerah Lakon Layar Asal Terbaik.

Anne Hathaway memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita melalui filem drama muzikal  Les Miserables, di samping itu filem ini juga mengungguli kategori Adunan Bunyi dan Solekan.

Filem drama percintaan Amour daripada Perancis memenangi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik manakala filem yang diangkat daripada novel terkenal Leo Tolstoy  Anna Karenina memenangi anugerah bagi Rekaan Kostum.

Skyfall, filem James Bond yang menerima lima pencalonan memenangi anugerah bagi kategori Lagu Asal  dan Suntingan Bunyi.

Apa yang mengujakan ialah penglibatan anak-anak tempatan dalam kejayaan filem arahan Ang Lee – The Life of PI yang menyumbangkan animasi kesan khas bagi filem tersebut oleh rangkaian syarikat kesan khas iaitu Rhythm & Hues yang berpengkalan di Los Angeles, Hydrabad, Mumbai, Vancouver dan Kaohsiung.   
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
5 Mac 2013 10:13 PG

amboi pasal ffm tak da entri ke..

5 Mac 2013 12:17 PTG

ffm hanya mcm 'story telling'...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger