ANUGERAH AKADEMI EDISI KE-85
Berakhir
sudah majlis Anugerah Akademi yang berlangsung pada Ahad yang lalu. Edisi ke-85 ini menobatkan filem Argo sebagai Filem Terbaik, manakala
pengarah Ang Lee terpilih sebagai Pengarah Terbaik melalui filem ‘The Life of PI’.
Argo filem thriller mengenai dunia
penyiasatan CIA, drama yang diadaptasikan berdasarkan buku The Master of Disguise yang ditulis oleh Tony Mendez yang mengetuai
operasi menyelamatkan enam orang diplomat Amerika Syarikat di Tehran, Iran
ketika krisis tebusan Iran pada November
1979. Filem ini adalah buah tangan Ben Affleck yang bertindak sebagai
pengarah di samping menjadi penerbit dan pelakon utamanya.
Argo mendapat tujuh pencalonan dan memenangi
tiga anugerah – Filem Terbaik, Suntingan dan Lakon Layar Adaptasi.
Buah
tangan pengarah Ang Lee, The Life of PI
yang merupakan filem pengembaraan 3D berdasarkan novel oleh Yann Martel. The
Life of PI menerima 11 pencalonan dan memenangi empat anugerah termasuk
Pengarah Terbaik selain Sinematografi, Skor Muzik, dan Kesan Khas.
Bagi
kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Daniel Day Lewis mengulangi kejayaannya dalam
filem My Left Foot (1989) dan There Will Be Blood (2007) dalam filem
dram sejarah Lincoln. Walaupun filem ini mendapat 12 pencalonan,
namun hanya memenangi dua anugerah iaitu bagi kategori Pelakon Terbaik Lelaki
dan Rekaan Produksi.
Pelakon
Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Jenifer Lawrence melalui filem romantik
komedi The Silver Linings Playbook. Filem
arahan David O Rusell menerima 8 pencalonan dan hanya memenangi satu
anugerah.
Bagi
kategori Pelakon Pembantu Lelaki, diungguli oleh Christopher Waltz melalui
filem arahan Quentin Taratino Django
Unchained. Christopher Waltz pernah
memenangi anugerah bagi kategori yang sama melalui lakonannya dalam filem Inglourious Basterds (2009). Selain memenangi anugerah bagi kategori
Pelakon Pembantu Lelaki, ia juga memenangi anugerah Lakon Layar Asal Terbaik.
Anne
Hathaway memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita melalui filem drama
muzikal Les Miserables, di samping itu filem ini juga mengungguli kategori
Adunan Bunyi dan Solekan.
Filem
drama percintaan Amour daripada
Perancis memenangi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik manakala filem yang
diangkat daripada novel terkenal Leo Tolstoy
Anna Karenina memenangi anugerah
bagi Rekaan Kostum.
Skyfall, filem James Bond yang menerima lima
pencalonan memenangi anugerah bagi kategori Lagu Asal dan Suntingan Bunyi.
Apa
yang mengujakan ialah penglibatan anak-anak tempatan dalam kejayaan filem
arahan Ang Lee – The Life of PI yang
menyumbangkan animasi kesan khas bagi filem tersebut oleh rangkaian syarikat
kesan khas iaitu Rhythm & Hues yang berpengkalan di Los Angeles, Hydrabad,
Mumbai, Vancouver dan Kaohsiung.
Ulasan