TERIMA KASIH CIKGU..
"Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema perayaan Hari Guru pada tahun ini. Pada setiap 16 Mei saban tahun kita meraikan Hari Guru sebagai menghargai jasa guru kepada kita semua. Guru adalah insan pertama yang mencorakkan secara formal seseorang dalam kehidupannya selain daripada ibu dan bapa. Hari Guru di Malaysia diraikan sejak tahun 1972 dengan pelbagai tema yang diolah mengikut keperluan semasa. Allahyarham SN Usman Awang pernah menulis sajak sebagai manifestasi pengorbanan guru:
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Ironinya hidup saya banyak bergelumang dengan guru samada secara peribadi mahupun dalam pekerjaan sehari-hari, maka layaknya Hari Guru wajar menjadi ingatan sebagai menghargai usaha dan pengorbanan sang guru. Kepada semua guru-guru di mana sahaja, Selamat Hari Guru!
Catatan Kaki: Saya masih ingat dan menyimpan kenangan guru-guru saya sejak dari alam persekolahan hinggalah kepada guru saya yang paling ampuh - alam!
Ulasan
Berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan adalah motto saya.