MYDISTRESS & SAYA


Sejak menggunakan telefon pintar iPhone sejak empat tahun yang lalu, pelbagai aplikasi telah saya cuba, daripada permainan, aplikasi buku elektronik atau apa sahaja aplikasi selagi ianya adalah percuma.  Aplikasi seperti Maxis Movies sebuah aplikasi untuk tempahan tiket wayang atau untuk mengetahui jadual tayangan di pawagam seluruh Malaysia.

Selain itu, aplikasi seperti Islamic Library yang memuatkan tafsir Sahih Bukhari sehingga hampir empat ribu halaman, selain daripada aplikasi al-Quran dan terjemahannya.  Selain aplikasi yang saya anggap meyeronokkan seperti permainan, terdapat juga aplikasi yang sebenarnya memberikan pelbagai bantuan misalnya aplikasi MyDistress yang dibangunkan oleh Polis Negeri Selangor.

Walaupun ianya jarang saya gunakan, ialah hanya apabila terdapat kecemasan dan pada minggu lepas, saya menggunakannya untuk kali kedua, kali pertama saya menggunakannya adalah secara tidak sengaja tertekan butang di dalam aplikasi tersebut.  Dalam masa yang singkat, pihak pusat kawalan polis di Shah Alam telah menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai masalah saya, dan dimaklumkan saya tertekan butang paniknya!

Itu kisah lebih setahun yang lalu, ketika awal-awal aplikasi MyDistress diperkenalkan.  Minggu lepas saya menggunakannya lagi, “kali ini betul-betul, bukan cobaan.”  Kisahnya ialah apabila, kereta saya dipintas oleh sebuah kereta lain di sebuah laluan di Petaling Jaya, dan pemandunya seorang anak muda yang tidak puas hati kerana keretanya tercalar ekoran ‘pintasan melulu’ yang dibuat dan bergesel dengan kereta saya.

Kerana tidak puas hati pemandu anak muda itu, turun dari keretanya dan memarahi saya serta menuduh saya sengaja melanggarnya, apa yang memeranjatkan saya ialah sikap samsengnya yang bertindak mencabut kunci kenderaan saya, setelah berlaku perang mulut beberapa ketika dia memulangkan semula kunci saya dan saya meneruskan perjalanan saya dengan diekori oleh pemuda itu dalam keadaan yang sangat rapat.

Kerana rasa tertekan dan dianiya saya  menekan butang  aplikasi MyDistress di telefon bimbit saya, dalam masa yang singkat, Balai Polis Sepang telah menghubungi saya dan setelah menceritakan apa yang terjadi, saya dinasihatkan untuk membuat laporan polis terhadap tindakan ‘samseng’ pemuda India yang mendakwa dia adalah ‘seseorang’ dengan meminta saya melihat bahagian hadapan keretanya.

Apa yang sangat mengujakan saya ialah tindakan pantas pihak polis untuk menghubungi saya ketika saya sedang dalam keadaan yang tidak menyenangkan.  Khabarnya, aplikasi ini dibangunkan oleh Polis Selangor ketika  Datuk Seri Khalid Abu Bakar (kini Tan Sri) menjadi Ketua Polis Selangor.  Aplikasi ini juga baru sahaja memenangi  anugerah di  MSC Malaysia Asia-Pacific ICT Alliance (Apicta) Awards 2012 yang telah diadakan di Brunei pada Disember yang lalu.  

Sehingga Disember yang lalu seramai 141,457 telah pun berdaftar sebagai pengguna aplikasi MyDistress.  Sekurang-kurangnya tohmahan sesetengah orang yang mengatakan pengguna telefon pintar yang gagal mengoptimumkan penggunaan telefon pintar mereka adalah kurang tepat. Syabas kepada MyDistress dan Polis Selangor!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
saya juga pernah aktifkan MD..tu terbaik..dari pdrm..
maza berkata…
kalau begiu.. saya pun mahu download applikasi ini lah.. cuma saya gunakan telefon 2g sahaja.. aderkk

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?