MODEL KERAJAAN RAKYAT DIDAHULUKAN!


Ketika kecoh mengenai undangan kepada artis sensasi Korea oleh Barisan Nasional sempena Majlis Rumah Terbuka sambutan Tahun Baru Cina pada 11 Februari nanti, tidak ramai yang sedar bagaimana ‘terhirisnya’ artis tempatan.  Apa tidaknya khabarnya kos membawa artis Korea itu dikatakan hampir mencecah RM1 Juta.

Apabila, ditanya kepada Timbalan Perdana Menteri tentang perbelanjaan tinggi seperti itu untuk sebuah persembahan dalam ‘rumah terbuka’, Tan Sri Muhyiddin cepat menangkis dan mengatakan ianya dibiayai oleh ‘penaja’ dan bukannya oleh Kerajaan!

Banyak pihak yang sebenarnya tidak senang dengan kehadiran artis Korea bagi sebuah majlis oleh Barisan Nasional yang dianggap membazir walaupun dikatakan ditaja oleh pihak swasta.  Mungkin pihak swasta yang memilih untuk menaja artis Korea tersebut berdasarkan pertimbangan komersil, namun bolehkah Barisan Nasional menafikan terdapat ‘tangan-tangan ghaib’ dalam urusan tajaan seperti itu.  Dalam istilah politik, yang lazim digunakan adalah ‘lembu’.

Bunting ucapan Tahun Baru Cina BN - Gambar ihsan dari malaysiakini.com
Nampaknya tidak cukup, Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ‘menghiris’ perasaan orang Melayu apabila ‘bunting’ ucapan Tahun Baru Cina dalam Bahasa Cina tanpa ada Bahasa Melayu pun.  Mungkin Dewan Bahasa & Pustaka patut bertindak berani untuk menasihatkan Perdana Menteri untuk tidak membelakangkan Bahasa Melayu khususnya ketika banyak pihak memperjuangkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Kini, Barisan Nasional dengan bantuan pihak swasta pula membawa artis Korea dengan bayaran yang begitu tinggi, yang secara tidak langsung ‘menghiris’ perasaan artis tempatan bagaimana syarikat swasta begitu ghairah untuk menjadi ‘lembu’ membawa masuk artis luar berbanding memberi dan membina peluang kepada ramai artis tempatan.

Mungkin ini adalah modal Barisan Nasional untuk memenangi undi daripada kalangan kaum Cina di negara ini, yang umum mengetahui memang kurang menyokong Barisan Nasional akhir-akhir ini. Apakah Presiden MCA berani mengatakan bahawa peratusan kaum Cina menyokong Barisan Nasional meningkat berbanding ketika PRU 12 pada tahun 2008?

Dalam keadaan menjelang PRU 13, pelbagai usaha dijalankan bagi mengembalikan sokongan masyarakat Cina, tetapi dengan ribuan ‘bunting’ dalam bahasa Cina tanpa ada Bahasa Melayu, bukankah menghiris pula perasaan orang Melayu?  Dalam kemaruk untuk memenangi hati masyarakat Cina, Barisan Nasional seperti sanggup berbuat apa sahaja, walaupun jalan-jalan ‘dimerahkan’ dengan bunting Tahun Baru Cina dan kini ditambah pula dengan membawa masuk artis Korea!

Kelihatannya, Perdana Menteri ‘lebih Cina dari Cina’ sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya ketika mata saya berpinar melihat ‘bunting’ ucapan Tahun Baru Cina oleh Barisan Nasional.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
itu selaras dgn semangat malaysia boooleh hik hik hik..
Tanpa Nama berkata…
itu tandanya Bahasa melayu bahasa rasmi malaysia..
maza berkata…
hmmm ...?
Yang menguburkan bahasa Melayu bukan orang lain.. mereka itu datang dari jenis inilah.. uhuk!
ceetee berkata…
teringat sajak tn ks: lara bahasa

"bahasaku lara, biarpun perdana menteriku melayu belaka"

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?