STRATEGI PEMASARAN


Ketika era 80an, pemasaran dunia mengalami evolusi yang hebat.  Era 80an menyaksikan bagaimana pemasaran menitikberatkan dan meletakkan kepentingan pengguna sebagai aspek utama bagi mengukur keberkesanannya.  

Pemasaran era 80an juga adalah titik tolak, bagaimana syarikat-syarikat berorientasikan pemasaran memberi penekanan khusus terhadap aspek ‘kepuasan pelanggan’ dengan mewujudkan ‘perkhidmatan pelanggan’.

Syarikat automotif di Amerika Syarikat pada era 80an, tiba-tiba sahaja menjadi jaguh ‘khidmat pelanggan’ apabila mengumumkan penarikan balik kenderaan mereka bagi tujuan pemeriksaan secara percuma.  

Walaupun memang diketahui terdapat kesilapan teknikal dalam produk mereka, namun apa yang berlaku sebenarnya adalah ‘gimik pemasaran’ yang cukup berkesan dan berjaya.

Bayangkanlah jika anda adalah seorang pengguna sesuatu produk, tiba-tiba mendapat surat makluman yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif memohon maaf dan memaklumkan bahawa kesilapan teknikal akan diperbetulkan secara percuma, malah hadiah percuma menunggu anda pula, jika membawa produk ke pusat-pusat mereka.

Sebenarnya ‘gimik pemasaran’ semacam ini adalah paling berkesan dan telah terbukti amat berjaya, maka apabila parti politik seperti DAP mengumumkan bahawa terdapat kesilapan dalam pengiraan undi, apa yang terlintas dalam benak saya adalah ‘gimik pemasaran’ sebagai satu strategi!

Pedulilah jika DAP mengaku berlaku kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan parti pada 17 Disember yang lalu, dan selepas tiga minggu timbul pula isu kesalahan mengira sekaligus menyaksikan ‘orang kuat’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, iaitu Zairil Khir Johari terpilih menduduki kerusi Jawatankuasa Pusat (CEC).

Apa yang dilakukan oleh parti seperti DAP bukanlah sesuatu yang baru, malah syarikat-syarikat bertaraf multinasional dan antarabangsa tanpa segan silu memohon maaf terhadap kesilapan dalam produk mereka.

Syarikat pengeluar kenderaan Nissan misalnya telah beberapa ‘kali’ memanggil semula kenderaan mereka di pasaran bagi ‘membetulkan’ kesilapan teknikal kenderaan keluaran mereka.

Strategi pemasaran seperti ini yang dianggap ‘beli jiwa’ juga dipraktikkan oleh para penyanyi misalnya, ketika album baru bakal muncul di pasaran, akan dikhabarkan bahawa terdapat pergeseran dengan ahli kumpulannya malah kadang-kadang dikhabarkan bahawa si penyanyi tersebut akan menjalani pembedahan ‘tekak’ dan sebagainya, tujuannya ialah bagi melariskan album mereka.

Malah syarikat-syarikat pengedar filem pula akan berlumba-lumba menayangkan filem-filem yang berkaitan dengan seseorang pelakon atau siri sebelumnya jika terdapat filem baru bagi pelakon atau siri baru bagi sesebuah filem, ini bertujuan bagi ‘memujuk’ para penonton untuk menonton filem baru pelakon tersebut.

Maka apa yang dilakukan oleh DAP adalah sesuatu strategi mereka, walaupun tujuan sebenarnya ialah memastikan terdapat wakil melayu dalam barisan Jawatankuasa Pusat mereka.

Kepada parti politik DAP yang baru sahaja melancarkan video ‘gangnam style’ mereka baru-baru ini, pengakuan kesilapan dalam pengiraan undi adalah strategi ‘beli jiwa’ yang paling ampuh khususnya menjelang Pilihanraya Umum 13.  Pedulilah jika dilabel sebagai ‘drama’ sekalipun oleh musuh-musuh politik mereka.

Barisan Nasional sepatutnya berusaha mencari elemen-elemen kejutan dan ‘beli jiwa’ yang lebih praktikal selain daripada usaha seperti BR1M, BB1M, dan lain-lain bentuk pemberian atau handout kerana aspek seperti ini adalah lapuk sifatnya!

Walaupun begitu, hanya program 1AZAM (mengakhiri zaman kemiskinan) sahaja yang nampak memang bermanfaat, misalnya Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat yang memberikan bantuan bagi melonjakkan pendapatan.

Mungkin selepas ini Barisan Nasional harus mengumpulkan pakar-pakar strategi yang lebih praktikal, realistik dan ‘membumi’ solusinya!
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
7 Januari 2013 12:38 PTG

sayangnya kat bee end..

Tanpa Nama
7 Januari 2013 2:53 PTG

sy setuju tn ks..

9 Januari 2013 7:57 PG

DAP tu auta jee...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger