HALAL & HARAM, APAKAH JAKIM SEBAIK-BAIK PENGAWAL?

Akhir-akhir ini isu halal banyak diperkatakan.  Dalam percakapan seharian secara terbuka sama ada dalam laman maya atau dalam kumpulan kecil tertutup dalam maya, isu halal antara yang sering dibincangkan.

Isu halal makanan seperti bee hoon saban hari diperkatakan.  Pendedahan juga hampir ada sahaja akhir-akhir ini.  Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat isu halal dalam negara yang lebih setengah abad ini merdeka masih belum selesai.

Walaupun peranan sebagai agensi yang berkaitan secara langsung dengan halal oleh JAKIM pernah juga dilaksanakan oleh pada awalnya oleh JAKIM, kemudian diswastakan dalam tempoh singkat kepada sebuah syarikat iaitu Ilham Daya, kemudiannya oleh Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan akhirnya dikembalikan kepada JAKIM, namun kemelut halal oleh umat Islam di negara ini masih tidak selesai.

Sungguhpun kita mendengar bahawa syarikat sipolan menghasilkan bee hoon dalam persekitaran yang tidak halal, malah yang lebih berani menggunakan logo halal yang ‘haram’, namun rasanya kita tidak pernah mendengar ada syarikat-syarikat ini atau pemiliknya dikenakan hukuman yang berat (sekurang-kurangnya tidak pernah setakat ini).

Dahulu kita juga mendengar bahawa usaha oleh badan-badan bukan kerajaan untuk memulaukan produk-produk yahudi, namun khabarnya tidak berjaya kerana ada yang beranggapan bahawa tidak ada produk pengganti bagi produk-produk yang dipulaukan itu.  

Namun kini produk-produk halal yang menepati standard halal yang tinggi banyak dihasilkan malah untuk semua produk dalam pasaran, terdapat produk halal yang boleh diperolehi, maka tentulah amat mudah bagi kita untuk beralih ke barisan produk yang benar-benar halal.

Beralih ke produk halal adalah satu tuntutan kepada umat Islam namun apa yang lebih penting adalah penguatkuasaan terhadap pengusaha makanan yang memperlekeh umat Islam selama ini dengan logo halal yang ‘haram’ dan sebagainya. 

Peranan JAKIM sepatutnya lebih menyeluruh, jika sekiranya JAKIM mempunyai bidang kuasa yang terhad, mungkin  kita perlu memikirkan sebuah agensi lain seperti Jabatan Halal yang dilengkapi dengan kuasa dan mandat yang lebih.

Jika di Semenanjung yang lebih banyak pendedahan terhadap isu halal maka JAKIM perlu bertindak lebih proaktif.  Malah isu coklat yang dikaitkan dengan kemelut halal baru-baru ini sebenarnya sedikit sebanyak menghakis kredibiliti dan keyakinan sebahagian umat Islam di negara kita.  Apa tidaknya, isu halal ini kelihatannya seperti tidak begitu menjadi keutamaan kepada JAKIM.

JAKIM sepatutnya mengembeling usaha dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti yang dilakukan oleh JPJ, PDRM, SPAD (sekadar contoh) dalam operasi di jalan raya.  Apakah JAKIM masih mahu menggunakan alasan lapuk dengan memberitahu bahawa kami kekurangan kakitangan, bukan bidangkuasa kami, atau kami itu dan ini.

Dengan status Islam sebagai agama rasmi, peranan Tabung Haji yang dicemburui oleh negara-negara Islam yang lain, penganjuran Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang dikagumi oleh negara Islam yang lain, harapannya isu halal dan peranan JAKIM dalam memastikan umat Islam mendapat pembelaan sewajarnya berhubung isu halal tidak akan menjadi bahan ketawa bukan sahaja umat Islam di negara kita tetapi negara-negara Islam yang lain.

Jika JAKIM hanya dikagumi atau lebih beria-ia menjadi penganjur Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa rasanya eloklah umat Islam di negara kita mempunyai agensi penguatkuasaan dan pengawalan halal yang lebih berwibawa.


Di Semenanjung dengan sebelas buah negeri dan JAKIM masih tidak boleh diyakini sebagai ‘gate keeper’ yang baik untuk isu halal, lihat sahaja di Sabah dan Sarawak di mana umat Islamnya begitu selesa makan dengan papan tanda manis bertulis ‘Pork Free’!
Share this article :
 

+ komen + 6 komen

Tanpa Nama
21 Jun 2014 12:18 PTG

alahai jakeem...

Tanpa Nama
22 Jun 2014 2:16 PTG

setuju sgt tn ks...

Tanpa Nama
24 Jun 2014 8:59 PG

JAKIM pun haram jadah

25 Jun 2014 4:20 PTG

kita yg nak mkn..kita sendiri la yg patut semak..JAKIM ada pun dah cukup baik..jgn suka tuding jari pd org lain..

anep
26 Jun 2014 6:46 PTG

apa pnya pandangan la cik sis tu, apa guna ada jakim kalu x berfungsi spatutyna dan mengelirukan lg umat islam, jgn emosi, lihat realiti..nak jd kipas pun agak2 la..

27 Jun 2014 4:46 PTG

en anep..sy x brniat nak kipas pun..tak dpt apa2 pun...kesian je kat JAKIM tu..keje dema nak kluarkan sijil halal tu bkn keje senang..mcm2 yg disemak dan ditapis...nasib baik ada NGO lain yg buat semakan..setiap sesuatu kena ada double check..tak la syok sendiri kluar sijil halal..perbetulkan apa yg silap bkn cari sapa yg silap..perkara dah berlaku pun...samalah mcm kita yg telah termkn..takkan nak muntahkan balik..redha, mohon ampun dgn Tuhan dan lain kali berhati2..itu yg patut kita buat..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger