APABILA DR. MAHATHIR KE BERSIH, UMNO HILANG MUKA!

Walaupun ada cakap-cakap dan khabar angin tentang Dr. Mahathir bakal hadir ke perhimpunan Bersih 4.0, namun tiada siapa yang menduga, ianya menjadi kenyataan.

Mungkin para pemimpin dan pendokong Bersih sendiri tidak menduga Dr. Mahathir akan turut bersama dalam perhimpunan Bersih 4.0 walaupun hanya ‘selama 6 minit’ seperti yang diungkapkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Isunya bukanlah enam minit, atau sepanjang 34 jam seperti yang dilakukan oleh peserta Bersih 4.0 sejak daripada ianya dimulakan pada jam 2.00 petang semalam.  Isunya adalah mengenai usaha rakyat untuk menunjuk rasa ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan sedia ada.

Walaupun pada asalnya, Bersih hanyalah platform bagi menyuarakan gesaan terhadap perjalanan pilihanraya umum di negara kita, namun pada versi 4.0 ini ia ditambah dengan gesaan untuk meminta Perdana Menteri mengundurkan diri.

Tiada siapa yang menjangka, Dr. Mahathir hadir dalam perhimpunan semalam, malah mengulanginya semula pada hari ini dengan masa yang lebih panjang.

Ramai Menteri UMNO dan pemimpin BN yang kesal dan tidak percaya kehadiran Dr. Mahathir ke perhimpunan Bersih 4.0 yang kononnya ditunjangi oleh DAP seperti laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini.

Tidak pernah berlaku, hanya selepas Bersih menginjak versi ke-4 dan hanya selepas delapan tahun daripada kali pertama pada tahun 2007.

Dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Zahid Hamidi ditempelak secara sinis oleh Dr. Mahathir ekoran kenyataan mereka.  Apakah ini menunjukkan bahawa orang seperti Dr. Mahathir telah sampai ke peringkat ‘meluat’ terhadap para pemimpin UMNO. 

“Itu hak mereka membidas saya, mereka sudah selesa sekarang” menurut mantan Perdana Menteri itu.

Amat yakin, ramai yang tergamam dengan kemunculan Dr. Mahathir pada himpunan Bersih ini, yang jelas meletakkan ‘pengunduran Najib’ sebagai agenda utama mereka.

Ketika ditanya wartawan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, beliau menjawab “terpulang kepada parti untuk ambil tindakan”. 

Selain daripada saman oleh seorang ahli UMNO terhadap Presiden parti, seorang lagi ahli UMNO yang juga merupakan mantan Presiden parti mencemar diri untuk bersama rakyat dalam perhimpunan Bersih 4.0.  Ini adalah tamparan kepada bukan sahaja UMNO malah kepada BN juga, apabila seorang lagi mantan Presiden MCA juga menghadiri perhimpunan Bersih di Perth, Australia.


Mungkin selepas ini sama ada Ketua Penerangan UMNO mahupun Pengarah Strategi BN perlu memikirkan kaedah yang lebih berkesan selain daripada mendakap ‘sindrom penafian’ seperti sekarang!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mmg tidak diduga!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?