TUJUH DEKAD SELEPAS HIROSHIMA MERINTIH!

Tujuh puluh tahun yang lepas pada 6 Ogos 1945, bom digugurkan di Hiroshima dan mengorbankan hampir separuh daripada 300,000 penduduk di bandar tersebut.  Tidak cukup dengan itu, satu lagi bom digugurkan di Nagasaki tiga hari kemudiannya.

Bom pertama digugurkan pada jam 8.16 pagi waktu Jepun oleh tentera Amerika.  Ia merupakan sebuah bom nuklear pertama kali digunakan ke atas manusia.  Selepas bom kedua di Nagasaki, Jepun menyerah kalah.

Pada 6 Ogos 1945, bom atom uranium yang diberi jolokan ‘Little Boy’ digugurkan di Hiroshima meledak 2,000 kaki di atas bandaraya dan ledakannya menyamai 20,000 ton metrik.

Selepas itu, pada 9 Ogos 1945, bom plutonik pula yang diberi jolokan ‘Fat Man’ digugurkan pula di Nagasaki.

Pada 14 Ogos 1945, Maharaja Hirohito memberikan ucapan tertutup kepada rakyatnya.  Menteri yang bertanggungjawab terhadap perang di Jepun pula telah cuba membunuh diri dan mati pada keesokkan harinya.

Kewajaran oleh Amerika Syarikat menggunakan bom nuklear masih menjadi debat sehingga pada hari ini.  Kemusnahan yang bukan sedikit telah dilakukan oleh kesan bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki. 

Kini selepas 70 tahun, sungguhpun ada struktur dan kesan bom yang masih dikekalkan, namun Jepun telah bangkit daripada deritanya dan muncul sebagai satu kuasa besar dunia khususnya dalam bidang teknologi.

Banyak iktibar daripada kesan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang menyaksikan tamatnya Perang Dunia Kedua yang bermula dari tahun 1939.  Antara impak ketara daripada pengeboman ini adalah tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 24 Oktober 1945.

Jepun yang pernah menjadi mangsa bom nuklear, sekarang ini menyertai banyak negara lain untuk mengharamkan senjata nuklear digunakan ke atas manusia.

Nampaknya dunia tidak pernah mengambil iktibar sewajarnya daripada insiden Hiroshima dan Nagasaki.  Contoh paling ketara adalah Perang Iraq dan perebutan Palestin oleh Israel. 

Pesawat MH17 yang ditembak jatuh juga adalah salah satu kesan perang yang masih berlaku sehingga kini walaupun telah hampir 70 tahun insiden Hiroshima dan Nagasaki. 


Dunia masih belum belajar daripada sejarah atau kuasa telah membutakan manusia!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
selepas dibom jepun terus bangkit dan berlari menjadi juara teknologi!
SIS berkata…
kita pun nak kena 'bom' dulu ke baru nak bangkit!!..belajar dr sejarah...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?