TUJUH DEKAD SELEPAS HIROSHIMA MERINTIH!
Tujuh
puluh tahun yang lepas pada 6 Ogos 1945, bom digugurkan di Hiroshima dan
mengorbankan hampir separuh daripada 300,000 penduduk di bandar tersebut. Tidak cukup dengan itu, satu lagi bom
digugurkan di Nagasaki tiga hari kemudiannya.
Bom
pertama digugurkan pada jam 8.16 pagi waktu Jepun oleh tentera Amerika. Ia merupakan sebuah bom nuklear pertama kali digunakan
ke atas manusia. Selepas bom kedua di
Nagasaki, Jepun menyerah kalah.
Pada 6
Ogos 1945, bom atom uranium yang diberi jolokan ‘Little Boy’ digugurkan di Hiroshima meledak 2,000 kaki di atas
bandaraya dan ledakannya menyamai 20,000 ton metrik.
Selepas
itu, pada 9 Ogos 1945, bom plutonik pula yang diberi jolokan ‘Fat Man’ digugurkan pula di Nagasaki.
Pada 14
Ogos 1945, Maharaja Hirohito memberikan ucapan tertutup kepada rakyatnya. Menteri yang bertanggungjawab terhadap perang
di Jepun pula telah cuba membunuh diri dan mati pada keesokkan harinya.
Kewajaran
oleh Amerika Syarikat menggunakan bom nuklear masih menjadi debat sehingga pada
hari ini. Kemusnahan yang bukan sedikit
telah dilakukan oleh kesan bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki.
Kini
selepas 70 tahun, sungguhpun ada struktur dan kesan bom yang masih dikekalkan,
namun Jepun telah bangkit daripada deritanya dan muncul sebagai satu kuasa
besar dunia khususnya dalam bidang teknologi.
Banyak
iktibar daripada kesan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang menyaksikan
tamatnya Perang Dunia Kedua yang bermula dari tahun 1939. Antara impak ketara daripada pengeboman ini
adalah tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 24 Oktober 1945.
Jepun
yang pernah menjadi mangsa bom nuklear, sekarang ini menyertai banyak negara
lain untuk mengharamkan senjata nuklear digunakan ke atas manusia.
Nampaknya
dunia tidak pernah mengambil iktibar sewajarnya daripada insiden Hiroshima dan
Nagasaki. Contoh paling ketara adalah
Perang Iraq dan perebutan Palestin oleh Israel.
Pesawat
MH17 yang ditembak jatuh juga adalah salah satu kesan perang yang masih berlaku
sehingga kini walaupun telah hampir 70 tahun insiden Hiroshima dan
Nagasaki.
Dunia
masih belum belajar daripada sejarah atau kuasa telah membutakan manusia!
Ulasan