P051 BUKIT GELUGOR, PASS OLEH BN?
Selepas
kematian Karpal Singh yang merupakan Ahli Parlimen P051 Bukit Gelugor di Pulau Pinang pada
Khamis yang lalu, esok Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat bagi
menentukan tarikh pilihanraya kecil demi memenuhi tuntutan perundangan.
Kerusi
Parlimen P051 kosong ekoran kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam
kemalangan maut yang turut mengorbankan pembantu peribadinya.
Kerusi
ini dipegang oleh Karpal Singh sejak 2004 malah majoritinya meningkat pada
setiap pilihanraya umum. Pada PRU-13 Karpal
Singh memenangi dengan majoriti undi sebanyak 41,778 berbanding majoriti
sebanyak 21,015 pada PRU-12 pada 2008.
Walaupun
Karpal Singh yang mewakili DAP telah pergi namun pengganti bagi kerusi Parlimen
ini telahpun dikenalpasti. Malah cakap-cakap
bahawa kerusi ini bakal ditandingi oleh anak
mendiang, iaitu Ram Karpal begitu kuat.
Parlimen
P051 Bukit Gelugor malah Pulau Pinang sendiri pun yang merupakan kubu kuat
pembangkang khususnya DAP, tentulah sedikit sebanyak laluan BN untuk memenangi
kerusi ini amat sukar.
Namun
begitu, tentulah BN juga tidak mahu dilihat ‘bacul’ dengan memberikan laluan
mudah bagi pengganti Karpal Singh.
BN
tentulah sedang merangka alasan yang munasabah dan diterima bagi membolehkan
ianya memilih untuk tidak bertanding.
BN
pernah memilih untuk tidak meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil sebelum
ini. Misalnya di Pulau Pinang pada
pilihanraya kecil DUN Penanti yang diadakan pada 31 Mei 2009, ia tidak
bertanding.
Antara
alasan yang dikemukakan adalah bahawa PRK Dun Penanti diadakan bukanlah atas
sebab perlembagaan tetapi kerana masalah dalaman PKR. Jika alasan ini masih digunapakai, maka
penyertaan BN dalam PRK Kajang yang baru lalu juga mengundang persoalan kerana
ia juga diadakan kerana masalah dalaman PKR.
Di
atas kertas, menjangkakan kemenangan BN dalam PRK Bukit Gelugor adalah sangat
mustahil walaupun ianya bakal ditandingi oleh muka baru dalam dunia politik
tanah air. Sentimen ‘Rimau Jelutong’
masih lagi mengaum dalam ingatan rakyat khususnya pengundi di Bukit Gelugor.
Dengan
DAP menguasai negeri, misi untuk menakluk P051 Bukit Gelugor tentulah akan
menjadi medan pertaruhan maruah kepada BN.
Sama
ada BN memilih untuk bertanding dan kalah atau memilih untuk tidak bertanding
dan menang maruah. Malah, BN juga boleh
mengatakan bahawa ia menghormati mendiang Karpal Singh dan mahu membiarkan
kerusi ini disandang sehingga PRU-14 nanti.
Walauapapun,
kerusi Parlimen P051 Bukit Gelugor pasti akan diisi sama ada oleh calon DAP
yang menggantikan mendiang Karpal Singh mahupun calon BN yang berjaya
menewaskan muka baru yang diketengahkan oleh DAP.
Apa
yang lebih manis adalah membiarkan kerusi ini dikekalkan oleh DAP dan
meletakkan calon bebas sebagai ‘punching
bag’ demi keperluan perundangan untuk mengadakan pilihanraya kecil.
Yang
lebih negarawan adalah BN memberikan ‘pass’
dan memilih untuk tidak meletakkan calon mereka. Malaysia Boleh, BN tentu boleh!
Ulasan