P051 BUKIT GELUGOR, PASS OLEH BN?

Selepas kematian Karpal Singh yang merupakan Ahli Parlimen  P051 Bukit Gelugor di Pulau Pinang pada Khamis yang lalu, esok Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihanraya kecil demi memenuhi tuntutan perundangan.

Kerusi Parlimen P051 kosong ekoran kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam kemalangan maut yang turut mengorbankan pembantu peribadinya.

Kerusi ini dipegang oleh Karpal Singh sejak 2004 malah majoritinya meningkat pada setiap pilihanraya umum.  Pada PRU-13 Karpal Singh memenangi dengan majoriti undi sebanyak 41,778 berbanding majoriti sebanyak 21,015 pada PRU-12 pada 2008.

Walaupun Karpal Singh yang mewakili DAP telah pergi namun pengganti bagi kerusi Parlimen ini telahpun dikenalpasti.  Malah cakap-cakap  bahawa kerusi ini bakal ditandingi oleh anak mendiang, iaitu Ram Karpal begitu kuat.

Parlimen P051 Bukit Gelugor malah Pulau Pinang sendiri pun yang merupakan kubu kuat pembangkang khususnya DAP, tentulah sedikit sebanyak laluan BN untuk memenangi kerusi ini amat sukar. 

Namun begitu, tentulah BN juga tidak mahu dilihat ‘bacul’ dengan memberikan laluan mudah bagi pengganti Karpal Singh.

BN tentulah sedang merangka alasan yang munasabah dan diterima bagi membolehkan ianya memilih untuk tidak bertanding. 

BN pernah memilih untuk tidak meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil sebelum ini.  Misalnya di Pulau Pinang pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang diadakan pada 31 Mei 2009, ia tidak bertanding.

Antara alasan yang dikemukakan adalah bahawa PRK Dun Penanti diadakan bukanlah atas sebab perlembagaan tetapi kerana masalah dalaman PKR.  Jika alasan ini masih digunapakai, maka penyertaan BN dalam PRK Kajang yang baru lalu juga mengundang persoalan kerana ia juga diadakan kerana masalah dalaman PKR. 

Di atas kertas, menjangkakan kemenangan BN dalam PRK Bukit Gelugor adalah sangat mustahil walaupun ianya bakal ditandingi oleh muka baru dalam dunia politik tanah air.  Sentimen ‘Rimau Jelutong’ masih lagi mengaum dalam ingatan rakyat khususnya pengundi di Bukit Gelugor.

Dengan DAP menguasai negeri, misi untuk menakluk P051 Bukit Gelugor tentulah akan menjadi medan pertaruhan maruah kepada BN.

Sama ada BN memilih untuk bertanding dan kalah atau memilih untuk tidak bertanding dan menang maruah.  Malah, BN juga boleh mengatakan bahawa ia menghormati mendiang Karpal Singh dan mahu membiarkan kerusi ini disandang sehingga PRU-14 nanti.

Walauapapun, kerusi Parlimen P051 Bukit Gelugor pasti akan diisi sama ada oleh calon DAP yang menggantikan mendiang Karpal Singh mahupun calon BN yang berjaya menewaskan muka baru yang diketengahkan oleh DAP.

Apa yang lebih manis adalah membiarkan kerusi ini dikekalkan oleh DAP dan meletakkan calon bebas sebagai ‘punching bag’ demi keperluan perundangan untuk mengadakan pilihanraya kecil.

Yang lebih negarawan adalah BN memberikan ‘pass’ dan memilih untuk tidak meletakkan calon mereka.  Malaysia Boleh, BN tentu boleh!


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
apa barang, bn boleh pukul abis..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?