RIMAU JELUTONG, AMAN LAH DI SANA
Secara
peribadi saya tidak pernah bertemu dengan sosok yang bernama Karpal Singh,
Pengerusi DAP yang meninggal dunia Khamis lalu dalam nahas jalan raya di
Kampar.
Paling
hampir adalah melihat beliau di lobi Parlimen sekitar tahun 2008 dan yang
terkini pada awal tahun ini juga di Parlimen.
Kisah
kehebatan mendiang Karpal Singh sebagai seorang ahli politik dan juga seorang
peguam yang tersohor memang tidak dapat disangkal.
Sebagai
seorang ahli politik khususnya sebagai pembangkang beliau bermula sejak tahun
1974 apabila memenangi kerusi DUN Alor Bandar di Kedah. Menjadi Ahli Parlimen Jelutong sejak tahun
1978 sebelum tewas pada tahun 1999.
Kisah
sebagai peguam jenayah yang berjaya juga menjadi sebutan bukan sahaja dalam
negara tetapi juga di luar negara. Kisah
Kevin Barlow dan Brian Chambers, warga Australia yang disabitkan dengan
kesalahan dadah juga dibela oleh Karpal Singh sehingga berjaya dibebaskan.
Kisah
warga Australia ini juga diabadikan dalam filem ‘Dadah Is Death’ arahan Jerry London. Watak Karpal Singh dalam filem ini dibawakan
oleh Victor Banarjee.
Dalam
lingkaran yang lebih hampir, khidmat guaman Karpal Singh juga dimanfaatkan oleh
seorang ahli keluarga kenalan saya yang berjaya dibebaskan daripada tuduhan
membunuh dengan tuduhan yang lebih ringan.
Sebagai
ahli politik, Karpal Singh melengkapi kitarannya, apa tidaknya, beliau pernah
kalah, menang tipis malah menang dengan majoriti yang besar. Selain itu sebagai Ahli Parlimen dan ADUN,
pernah diarah keluar daripada Parlimen di samping pernah digantung menghadiri
sesi persidangan.
Dalam
bidang guaman pula, Karpal Singh membela semua lapisan masyarakat, selain
daripada mereka yang disabitkan dengan jenayah, beliau juga membela Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya.
Jawatan
terakhir dalam parti DAP yang disertainya sejak 1970 adalah Pengerusi
Kebangsaan. Namun pada tahun ini beliau
disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Hasutan apabila mempertikaikan
kecamannya terhadap krisis perlembagaan di Perak pada tahun 2009.
Beliau
kemungkinan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan
kesalahan dan denda melebihi RM2000, namun kemalangan tragis pada Khamis lepas
seolah-olah mahu Karpal Singh kekal sebagai seorang ahli politik sehingga ke
akhir hayatnya.
Sumbangan
beliau dalam mengujudkan ‘check and
balance’ sebagai seorang ahli pembangkang memang sangat dirasai. Selain para menteri daripada BN yang pernah
dilabel sebagai ‘Menteri Tandas’ dan Tuan Speaker yang pernah dilabel sebagai ‘berat
sebelah’, gelagat politik Karpal Singh akan terus segar menjadi ingatan kepada
seluruh rakyat Malaysia.
Karpal
Singh juga adalah antara mereka yang menentang hokum hudud yang diuar-uarkan
untuk pelaksanaannya oleh PAS. Malah kenyataan
tegas beliau yang menentang pelaksanaan hukum hudud dengan menyatakan ‘over my dead body’ tidak mungkin mudah
dilupakan.
Dengan
perginya seorang tokoh politik yang tegas, berani dan berprinsip seperti Karpal
Singh, sama ada PAS akan melaksanakan hukum hudud adalah soal yang lain, namun
kita sebagai perancang, Allah SWT adalah Maha Perancang, malah perancangan
Allah SWT adalah yang lebih baik.
Hari
ini, Karpal Singh mengakhiri perjalanan hidupnya dengan iringan air mata dan
oleh ribuan rakyat Malaysia dan luar yang mengikuti perjalanana hidup
beliau. Semoga roh beliau akan bersemadi
dengan aman. Kepada mendiang Karpal
Singh – “Harimah Jelutong, bersemadilah tuan dengan aman di sana”.
Selamat
Tinggal, YB Tuan Karpal Singh!
Ulasan