KERAJAAN TIDAK DIYAKINI PELABUR TEMPATAN?

Alasan yang diberikan oleh Menteri Kerja Raya berhubung cadangan pengambilalihan konsesi tol agak melucukan.  Datuk Fadhilah Yusof, ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Selangor menyatakan bahawa pelabur akan takut jika konsesi tol diambil alih oleh Kerajaan.

Jawapan ini mungkin betul atau tidak tidaklah begitu penting, tetapi yang harus dilihat adalah bagaimana si Menteri ini memberikan jawapan yang kreatif dan merupakan jawapan selamat ‘escapism’.

Menteri itu dikhabar menyatakan jika kerajaan mengambilalih keseluruhan syarikat konsesi, para pelabur akan memandang tindakan itu sebagai langkah memiliknegarakan keseluruhan syarikat.

"Ini akan menyebabkan pelabur tidak berani melabur di Malaysia," ketika memberikan jawapannya di Parlimen.

Jika asalnya, dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Kerajaan ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah bertujuan mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, nampaknya ketika Datuk Seri Najib, yang mengemukakan slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, sepatutnya dasar penswastaan seperti ini haruslah dikaji semula.

Apa tidaknya, mengurangkan bebanan kewangan kerajaan tetapi menambahkan lompong di poket rakyat, maka jawapan si Menteri yang tidak mendengar rintih rakyat amat mengecewakan.  Selepas hampir 30 tahun, konsesi lebuhraya PLUS (pantang lalu ulur saja) beroperasi, tentulah berasaskan skala ekonomi, kadar tol sepatutnya menurun dan bukannya menaik setiap tiga atau lima tahun!

Jawapan si Menteri berhubung konsesi lebuhraya dan ‘ketidak beranian pelabur’ melabur di Malaysia adalah dua isu yang berbeza, jika pelabur asing yang memilih untuk melabur tentulah memilih untuk melabur di mana rakyatnya mempunyai lebih pendapatan boleh guna (disposable income).  

Dengan pengambilalihan, kadar tol boleh dikurangkan sehingga 30 peratus dan akan membolehkan rakyat mempunyai lebihan pendapatan yang boleh dimasukkan dalam kitaran ekonomi.

Jika si Menteri sangat prihatin tentang pelabur luar yang bakal melabur di negara kita, mungkin respon  Air Asia untuk berpindah ke KLIA 2 pada 9 Mei nanti dengan kenyataan “kami akan pindah bila semua OK” menampakkan kerajaan tidak diyakini oleh pelabur dalam negara sendiri.

Kenyataan Air Asia, seolah-olah memberi gambaran bahawa “OK” kerajaan wajar disangsikan.  KLIA 2 khabarnya akan mula digunakan selepas 9 Mei nanti, namun Air Asia mahu memastikan semuanya OK sebelum berpindah operasi di lokasi baru.

Baru-baru ini Perdana Menteri sendiri mengarahkan Air Asia supaya berpindah ke KLIA2 mengikut jadual, adakah respon baru Air Asia ini juga menggambarkan pelabur dalam negara juga kurang meyakini kerajaan.

Kepada si Menteri yang memberikan jawapan ala-ala ‘escapism’ eloklah diberikan kuliah ekonomi oleh penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri atau penasihat ekonomi yang bebas supaya jawapan dalam Parlimen tidak menjadi bahan ajukan dan gurauan rakyat!


Kerajaan sepatutnya berusaha memberikan keyakinan kepada rakyat dan pelabur tempatan sebelum ‘risau’ mengenai ‘ketidak beranian pelabur luar’. 

Untuk pengetahuan si Menteri, rakyat juga tidak mahu konsesi tol diambilalih keseluruhannya, cukuplah sekadar membendung kenaikan kadar tol dan mengkaji perjanjian konsesi yang merugikan rakyat.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tula menteri bee end..
SIS berkata…
punca asal ialah perjanjian konsesi tersebut...skrg terpaksa berdolak dalik utk selamatkan diri..rakyat skrg bkn mcm dulu2..kami dah cerdik!!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?