KISAH DUA HOSPITAL


Ada dua lokasi yang paling saya gemar mengunjunginya. Satu ialah lapangan terbang sama ada untuk menghantar atau menyambut seseorang, satu lagi ialah di hospital. Pantang sahaja saya mendengar ada keperluan untuk ke dua-dua lokasi ini, pasti saya tidak akan melepaskan peluang. Pernah suatu ketika saya begitu santai hingga tidak punya sebarang aktiviti memaksa saya melawat ke hospital tanpa mengenali sesiapa pun.

Beberapa hari yang lalu saya terlepas peluang untuk ke hospital kerana kekangan urusan pejabat. Anak kecil saya dalam usaha mengesan pendarahan di hidungnya. Kisah mengapa saya amat menyenangi kunjungan kedua tempat ini, rasanya amat mudah, hospital dan lapangan terbang atau stesen keretapi mahupun bas sebenarnya akan menyingkap pelbagai kisah suka dan duka, lebih-lebih lagi kunjungan ke hospital.

Kecekapan dan tindakan pantas petugas di HUKM di Cheras yang berjaya mengeluarkan bendasing di hidung anak kecil saya sesuatu yang tidak saya jangka. Walaupun kunjungan ke HUKM pada hari ini hanyalah untuk penetapan temujanji seterusnya, namun tidak pula menyangka akan diselesaikan begitu pantas.

Lain pula kisah sebuah hospital di sebuah negeri yang mendakwa Negeri Bandar Teknologi Hijau. Hospital negerinya, menurut seorang kenalan teman saya dalam keadaan yang serba kekurangan dan seolah-olah tidak menepati ciri yang dikatakan sebagai negeri maju.

Mungkin sebab usia hospital tersebut yang telah menjangkau tujuh dekad. Namun begitu mengikut rakan kenalan saya, bukan sahaja faktor kekurangan daripada segi fizikal malah kekurangan daripada segi spiritual, dalam bahasa yang amat mudah kurang adab!

Kisah bagaimana aduan para petugas bawahan dibakulsampah bukanlah sesuatu yang rahsia di kalangan mereka. Walaupun bibir mengukir senyum, namun hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersirat di sebalik senyuman para petugasnya. Kisah kebiadapan dan kurang adab ketua-ketuanya memang memualkan. Teman kenalan saya yang kebetulan menziarahi seorang pesakit di hospital itu hampir sahaja mahu menjerit di atas sikap biadap seorang doktor beberapa ketika dahulu.

Menurut kenalan teman saya itu, hospital tersebut bukan sahaja memerlukan peralatan malah para petugasnya memerlukan latihan ‘soft skill’ yakni bagaimana melayan pengunjung dan pesakit sesuai dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Mungkin selepas ini YAB Perdana Menteri boleh melakukan sesi ‘walk about’ ke hospital khususnya Hospital Negeri Bandar Teknologi Hijau!

Menulis kisah para petugas di dua buah hospital yang berbeza, saya teringat kepada pesan almarhum ayah saya – biar bodoh, tapi beradab! Kerana adab menentukan peribadi seseorang.

Share this article :
 

+ komen + 7 komen

anis
2 Februari 2012 2:38 PTG

pernah dgr dari mulut sdr di melaka, mmg dlm keadaan DAIF yan amat sgt..elok la saranan tuan ks supaya PM melawat spital tu..

Tanpa Nama
2 Februari 2012 4:52 PTG

utk taraf sebuah hospital negeri mmg hampeh..malu dgn taraf negeri maju..

Tanpa Nama
3 Februari 2012 11:22 PG

penagh dgr juga , tapi x pasti

4 Februari 2012 11:47 PG

Awesome entry indeed..

btw i just voted for you for Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. All the best ya... =)

Plsssss vote me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye Thank youuuu =)

Tanpa Nama
4 Februari 2012 4:11 PTG

Saya amat bersetuju sangat KISAH DUA HOSPITAL anda. Setelah 21 tahun saya berkhidmat dengan KKM, ini lah kali pertama saya menitiskan air mata bila bekhidmat di negeri bandar teknoloji hijau konon nya !

sue
4 Februari 2012 4:14 PTG

ada juga orang perihatin kepada kami petugas2 di hosp bandar teknoloji hijau.............Bantu lah kurangkan stess kami.......

liza
5 Februari 2012 12:09 PG

saya pun penah dihalau doktor bertaraf PAKAR ketiga melawat sedara kami di hosp melaka...dia x suka ada waris/pelawat berada dlm wad.. masa bila kami nak jumpa doktor bertanyakan status waris kami?

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger