TOLONG BAYARKAN HUTANG SAYA!


Sama ada kita menyedari atau tidak setiap daripada kita, rakyat Malaysia sebenarnya mewarisi hutang sejak dilahirkan.  Hutang Kerajaan Pusat ketika ini adalah pada paras RM456.1 billion di mana bersamaan dengan 53.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Daripada jumlah tersebut, RM438.0 billion adalah hutang dalam negeri atau bersamaan 96.0% manakala RM18.1 billion atau 4% pula adalah hutang luar negeri.  Adalah amat sukar untuk memahami situasi ini bagi orang awam seperti anda dan saya.  Jika diambil kira, setiap rakyat Malaysia termasuk bayi yang baru lahir akan mewarisi hutang sebanyak RM15,645 jika diandaikan penduduk Malaysia adalah seramai 28 juta orang.

Memang ada pandangan mengenai hutang dalam Islam yang sangat dituntut untuk membayarnya.  Anehnya sekumpulan rakyat Selangor (malu menyebutnya sebagai rakyat Selangor yang maju) yang berdemonstrasi menuntut agensi kerajaan negeri mengambilalih hutang mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.

Itulah yang dilaporkan oleh media semalam, apabila sekumpulan 350 pembeli rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menuntut perbadanan itu mengambilalih hutang mereka bagi menyelamatkan daripada rumah mereka dilelong.

Alasan yang digunakan oleh kumpulan ini adalah jika Kerajaan Negeri sanggup membeli hutang Talam Corporation sebanyak RM392 juta, mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan untuk membantu rakyat miskin.  Yang lebih menganehkan adalah kumpulan ini diwakili oleh sebuah NGO (K) yang digelar Prihatin. 

Apa yang menjadi kemusykilan adalah hutang ini merupakan hutang peribadi oleh sipembeli rumah yang tiada paksaan oleh mana-mana pihak untuk memeterai perjanjian jual beli dan pembiayaan di antara pihak bank, pembeli dan pemaju.  Bayaran balik bagi perumahan ini mungkin diantara yang dimampui oleh sipembeli, jika tidak tentulah pilihan untuk membelinya tidak dibuat oleh pembelinya.

Kini mereka berdemonstrasi untuk ‘memaksa’ Kerajaan Negeri melalui agensinya mengambilalih hutang mereka dan menstrukturkan semula dengan perjanjian pembayaran balik sebanyak RM500.00 sebulan, apakah rasional tindakan ini jika pada masa ini pun mereka gagal membayar balik pinjaman mereka sehingga memaksa bank bertindak untuk melelong rumah mereka?

Sama ada kumpulan ini atau lebih ramai lagi yang tidak faham mengenai kaedah yang digunapakai oleh Kerajaan Selangor bagi mendapatkan balik hutang yang telah pun dijanji untuk dilunasi sejak tahun 2006 (baca: semasa pemerintahan Kerajaan BN).

Pengambilalihan hutang daripada sebuah entiti seperti Talam Corp bukanlah semudah mengambilalih hutang individu seperti kumpulan pemilik rumah dari Shah Alam, Taman Datuk Harun, dan Kelana Jaya sehingga perlu membuat demonstrasi, malah sebenarnya pihak institusi kewangan mempunyai mekanisme mereka tersendiri untuk menstruktur semula pinjaman perumahan mereka jika mereka sanggup berunding, dan bukanlah berdiam diri sehingga pihak institusi kewangan mengambil langkah akhir untuk melelong hartanah mereka.

Analogi yang ditimbulkan oleh kumpulan ini bahawa hutang Talam Corp boleh diambilalih, mengapa tidak hutang mereka, adalah amat dangkal, menjengkelkan dan menunjukkan sikap pentingkan diri mereka, tanpa memikirkan perasaan jutaan rakyat Selangor seperti anda dan saya. 

Apa istimewanya kumpulan ini yang akibatnya daripada tindak tanduk mereka sendiri sehingga perlu menuntut dan mendesak dengan cara yang tidak bermaruah (melalui demonstrasi) untuk diambilalih hutang mereka?

Sepatutnya hutang individu seperti kumpulan seramai 350 orang ini adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri, malah terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh digunapakai untuk penstrukturan semula hutang mereka, dan bukannya menggunakan desakan kepada kerajaan negeri!

Seperti ungkapan yang sering dilafazkan oleh seorang teman saya “pagi-pagi makan pengat, sendiri mahu ingat”!  Maaf, tulisan ini ingin merayu kepada Kerajaan Negeri untuk membantu saya membayar hutang kepada bank, tolonglah!

(Nota Kaki: Tulisan ini tidak bermaksud untuk ‘menghina’ kumpulan yang mendesak pengambilalihan hutang mereka oleh agensi Kerajaan Negeri, namun mempertikaikan kewajaran tindakan mereka ‘mendesak’ Kerajaan Negeri)

Ulasan

anep berkata…
bangang...
Tanpa Nama berkata…
nak mintak tolong pun berdemonstrasi, akal letak kat kepala lutut ke?
saripdol berkata…
dibodohkan oleh prihatin hik hik hik..
Yang bernama Siti berkata…
Bestnya beli rumah orang bayarkan. Kalaulah boleh begitu hidup ini, seronoknya.
Budaya Malaysia boleh - orang lain berhutang, orang lain bayarkan atau dilupuskan terus.
kasim berkata…
tn punya blog, tlg masukkkan nama saya juga..kah kah kah.,.
xameno berkata…
ni mesti belajar dr ameno..
Tanpa Nama berkata…
pandai hutang x pandai bayar..buat malu aje.
maza berkata…
dema semua hendakkan perhatian dan mahu menyebabkan kekecohan ...

kedangkalan seperti ini harus ditolak..

pendek kata ada cerdik pandai mengatakan, "aku boleh berhujah bersama-sama org2 alim dan cerdik pandai, tetapi aku tidak boleh berdebat dgn org2 yg bodoh dan mereka yg berlakon bodoh"
SIS berkata…
memalukan diri sendiri je...org2 macam ni sanggup buat apa saja untuk mengampu..ikut je arahan..org suruh mkn tahi pun sanggup...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN