APABILA SUARA ‘RAKYAT’ DIQAMATKAN


Bajet 2013 yang dibentangkan penghujung September yang lalu khabarnya adalah pengisian untuk semua segmen masyarakat Malaysia.  Apa tidaknya, semua lapisan masyarakat menerima habuan secara langsung mahupun tidak langsung, hatta si peniaga yang rakus pun menerima tempiasnya melalui kenaikan harga yang tidak beretika selepas kakitangan awam menerima bonus.

Antara cadangan yang turut mengiringi  selepas pemberian bonus yang ‘meriah’, kakitangan awam adalah cadangan pinjaman perumahan kakitangan awam yang selama ini diuruskan oleh Kerajaan melalui Bahagian Pinjaman Perumahan akan diambilalih oleh bank komersil.

Walaupun kadar faedah semasa yang dinikmati oleh kakitangan awam akan kekal pada paras 4% setahun, namun cadangan pengambilalihan oleh bank komersil dibantah oleh CUEPACS badan induk yang mewakili kepentingan kakitangan awam di negara ini.

Malah, dikhabarkan bantahan tersebut adalah bantahan yang sungguh-sungguh.  Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dikatakan “dihujani  panggilan dan sistem pesanan ringkas yang mahu skim pinjaman perumahan tidak diserahkan kepada bank komersil”.

Nampaknya para penjawat awam seramai 1.3 juta pun seperti ‘tidak percaya’ dengan bank komersil di negara ini, sekurang-kurangnya itulah tanggapan anda dan saya jika diteliti permintaan para penjawat awam melalui CUEPACS.

Banyak sebenarnya insiden berhubung bank komersil yang agak tidak meyenangkan malah terdapat banyak rungutan atau kejengkelan terhadap bank komersil di negara ini, misalnya kes rumah terbengkalai, yang sering menjadi mangsa adalah para peminjam dan bukannya pemaju yang seolah-olah ‘menikmati imunasi’ daripada Kerajaan.

Lain pula kisahnya dengan para pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang membantah usaha MMC Corporation Berhad  di bawah jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mahu mengambilalih KTMB daripada pihak Kerajaan.
Piket oleh para pekerja KTMB - Gambar ihsan: pkrl.blogspot.com

Ini bukan kali pertama KTMB di’serah’kan kepada pihak swasta kerana sebuah entiti Konsortium Marak Unggul Sdn Bhd pernah menguruskan KTMB di antara 1997 hingga 2002, namun dengan pelbagai kemelut sehingga memaksa Kerajaan mengambil semula KTMB daripada entiti tersebut.

Seperti juga bantahan CUEPACS mengenai pengambilalihan pinjaman perumahan oleh bank komersil, pekerja KTMB juga membantah sekeras-kerasnya ura-ura usaha pengambilalihan KTMB oleh MMC Corporation Berhad.

Rasional bantahan pekerja KTMB adalah sangat wajar memandangkan Kerajaan baru sahaja melantik Datuk Elias Kadir sebagai Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad yang baru pada Mei yang lalu.  Jika hanya dalam masa lima bulan sahaja di bawah pimpinan baru maka tentulah tidak bermakna jika ianya mahu diserahkan kepada entiti swasta pula, kerana adalah amat mustahil untuk melihat perubahan dalam tempoh yang sangat singkat seperti itu.

Jika Kerajaan serius ‘rakyat didahulukan’ maka suara para penjawat awam dan para pekerja KTMB walaupun tidak begitu ramai, namun harus didengar dan diteliti, dan tidak seperti melepaskan tanggungjawab kepada pihak swasta seperti bank komersil dan entiti swasta yang menyerahkan cadangan untuk pengambilalihan KTMB.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
nmpaknya x jaln bonus 1.5 bln..
anep berkata…
bee end pduli apa suara rakyat..
SIS berkata…
klau pinjaman perumahan k/tgn kerajaan dipindahkan ke bank komersial..apa jadi dengan bhg pinjaman perumahan kerajaan dan k/tgn di bawahnya..dgn segala sistem online yg br diperkenalkan.. huhu..rasanya mcm nak kecilkan kerjaan je...
Tanpa Nama berkata…
ni la cara nak hapuskan kepentingan kakitangan awam oleh orang atasan,, projek mega berbilion bole kasi, tapi pinjaman lak nk kasi kt bank, padahal intrest 4% , alasan nak nk belanja,,kekalkan interst syarat lama pun xsama... bank penipu... org atasan ni nk jaga duit negara tanpa peduli org bawahan...projek2 yang xfaedah kpd k/tangan awam leh wat...tp prkhdmatan pd kktngan awam xnak kasi....

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?