GENNEVA, SYARIAH & RISIKO POLITIK?


Saya hanya tergelak apabila membaca perihal ‘risiko politik menjelang PRU 13’ apabila sebuah portal berita menggambarkan implikasi tindakan serbuan Bank Negara Malaysia terhadap sebuah syarikat yang terlibat dalam urusan pembelian dan penjualan emas awal bulan ini.

Beberapa bulan lalu, seorang teman yang biasa-biasa sahaja sebelum ini, tiba-tiba berubah luar biasa dalam  penampilannya.  Bayangkan jika sebelum ini, dia dalam sekolah pemikiran  yang mengatakan ‘pen yang RM2.00 sama sahaja dengan pen yang berharga RM1200” tiba-tiba sahaja menyamai menggunakan pen yang saya gunakan berharga RM1295 di KLCC pada hari ini.

Apabila ditanya, dia tidak ragu-ragu untuk berkongsi dengan saya tentang resepi kejayaannya, melabur dalam emas bersama Genneva, dan kotak kembara saya tiba-tiba melayang ke Geneva, kota global, pusat kewangan dunia dan juga kota diplomasi antara dua bandaraya terpadat di Switzerland. 

Rupanya sangkaan saya meleset yang dimaksudkan oleh teman  saya adalah ‘Genneva’ (dengan dua ‘n’) merujuk kepada syarikat Genneva yang terlibat di dalam belian dan jualan emas.

Ini rupanya 'Syariah' yang digunakan oleh syarikat yang diserbu oleh BNM!
Ironinya, syarikat tersebut yang diserbu oleh Bank Negara Malaysia awal bulan ini atas pelbagai kesalahan antaranya disyaki mengambil deposit haram dan pengubahan wang haram, selain itu syarikat tersebut juga disyaki mengelak cukai, keterangan palsu, pelantikan agen tanpa tauliah dan kegagalan menghantar dokumen berkanun.

Model perniagaan syarikat tersebut yang dikhabarkan berasaskan Syariah ‘Al-Bai’ dengan rujukan perkataan-perkataan Islamik seperti Al-Bai, Hibah, Syariah sebenarnya adalah topeng kepada kerakusan, tamak dan haloba, yang dikongsi dengan puluhan ribu (dikhabarkan hampir 60,000) perundingnya di seluruh negara. 

Lazimnya rakyat Malaysia lebih terpedaya dengan ‘urusanniaga yang meragukan’ berbanding dengan perniagaan yang konvensyenal sifatnya kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya.

Anehnya, model Syariah yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Disember 2010 telah didapati tidak memenuhi peraturan hukum syarak dan perundangan negara ini sepenuhnya seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-96 yang telah diadakan pada 13 hingga 15 Jun yang lepas.

Jika perunding, pelabur, jurujual, pelanggan  atau apa sahaja istilah merujuk kepada mereka sedar atau mengikuti perkembangan ini, tentulah mereka mempunyai masa yang mencukupi daripada pertengahan bulan Jun sehingga Oktober untuk melakukan tindakan sewajarnya bagi menarik balik pelaburan mereka, namun hal ini tidak terjadi kerana mungkin kerana sifat tamak dan haloba.

Apa yang lebih mengejutkan, majlis syarikat ini pernah dihadiri oleh tokoh-tokoh penting seperti Tun Dr. Mahathir, Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri, apakah kehadiran tokoh-tokoh ini dilihat sebagai satu pengiktirafan operasi syarikat tersebut?

Apakah kerajaan akan melayan tuntutan para pelanggan syarikat seperti ini yang jelas memomokan istilah Syariah dalam urusniaga mereka, dengan ‘ugutan’ bahawa lebih 300,000 kehidupan akan terjejas dengan tindakan Bank Negara Malaysia menyerbu dan membekukan semua urusniaganya. 

Apa yang jelas, ini adalah tindakan 60,000 pelanggan yang telah begitu selesa dengan pendapatan pada masa puncak mereka seperti yang diungkapkan oleh salah seorang daripadanya “memiliki dan memandu kereta CEO” (anehnya mereka tidak sedar kereta CEO dibiayai oleh wang syarikat), yang didorong oleh rasa tamak dan haloba bukan sahaja oleh pengurusan malah para pelanggan mereka.

Kerajaan sepatutnya tidak melayan tuntutan dan ‘ugutan’ kononnya serbuan ke atas syarikat yang mengamalkan pendekatan ‘syariah’ akan menjejaskan prestasi kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.  Risiko politik yang diungkapkan adalah paling karut bagi menghalalkan rasa tamak kumpulan ini.
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

ani
27 Oktober 2012 11:41 PG

orang tamak slalu rugi..

karim
27 Oktober 2012 6:37 PTG

masa tgh lebat tak ingat 'syariah' x syariah selamba je..

29 Oktober 2012 4:21 PTG

masyaAllah..satu lagi fenomena memperalatkan 'Islam' demi kepentingan peribadi..org mcm ni hidup x lama..sbb hidup kat dunia ni spt roda...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger