APABILA KEMANUSIAAN TERABAI DI HOSPITAL


Beberapa minggu yang lalu, dilaporkan di dalam akhbar bagaimana seorang bekas tentera mengamuk dan bertindak memecahkan cermin kaunter pendaftaran di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Dikhabarkan juga bekas tentera tersebut mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan layanan petugas kaunter yang enggan menerima wang pendahuluan sebanyak RM150  bagi membiayai rawatan isterinya yang berjumlah RM800.

Kita pun menerima berita yang dikhabarkan dan mula melabel si bekas tentera tersebut sebagai ‘penjenayah’ kerana tindakan amuknya itu.  Pernahkah kita melihat sisi yang lain bagaimana ‘robotik’nya para petugas di kaunter yang dikatakan menurut garis panduan yang ditetapkan oleh pengurusan atau Kementerian Kesihatan bagi kes seperti yang berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Cerita-cerita sedih dan ‘sadis’ hospital kerajaan bukanlah perkara yang baru, pernah dilaporkan juga bagaimana seorang pesakit terpaksa menunggu beberapa jam untuk berjumpa dengan doktor dan menunggu beberapa jam lagi untuk menerima rawatan susulan mahupun untuk dimasukkan ke dalam wad.

Pada minggu lalu, dua orang anak kenalan saya terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dimasukkan ke dalam wad walaupun ianya merupakan kes kemalangan membabitkan pelajar sekolah dalam pakaian seragam sekolah mereka. 

Mungkin pihak hospital mahupun Kementerian Kesihatan telah mempunyai jawapan yang ‘ready made’ bagi kes seumpama ini, namun apa yang menyedihkan adalah bagaiamana para petugas di hospital seolah-olah telah hilang rasa ‘kemanusiaan’ mereka.

Memanglah mudah bagi para petugas hospital untuk memujuk pesakit mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta sekiranya tidak puas hati dengan layanan di hospital kerajaan, namun jika inilah mentaliti dan sikap mereka tentulah ianya bercanggah dengan aspirasi Perdana Menteri melalui gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau – rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Jika di hospital pun rasa kemanusiaan semakin menipis dengan pelbagai peraturan dan ketetapan pihak pengurusan tanpa ada ruang untuk budi bicara, maka insiden seperti amukan oleh bekas tentera dan sungutan rakyat terhadap layanan yang kurang memuaskan akan sentiasa menghiasi dada akhbar dan menjadi bahan laporan setiap masa.

Kes amukan bekas tentera dan anak kenalan saya hanya sebahagian daripada ratusan ketidakpuasan hati rakyat terhadap layanan kepada mereka oleh petugas hospital.  Apakah rakyat akan selamanya ‘terdera’ dan dicemuh serta digesa ke klinik dan hospital swasta jika mengadu mengenai perilaku perkhidmatan mereka.

Bukankah pihak hospital sepatutnya mempunyai rasa kemanusiaan yang tinggi dan juga budi bicara yang praktikal sifatnya dan tidak hanya tertinggal di dalam buku panduan dan papan piagam pelanggan mereka!
Share this article :
 

+ komen + 7 komen

anep
22 Oktober 2012 11:56 PG

mmg teruk perkhidmatan di hospital kejaan..

Tanpa Nama
22 Oktober 2012 3:35 PTG

mcm sial layanan kat spital kejaan..patut menteri merasa malu

Tanpa Nama
22 Oktober 2012 7:16 PTG

mungkin menteri atau pm boleh meninjau sendiri (kena menyamar la) ..

23 Oktober 2012 9:53 PG

kesian pd yang teraniaya...pihak pengurusan hospital dan pekerja dihospital dilema antara peraturan dan kemanusiaan..sesuatu patut dilakukan..semoga paparan tn ks sedikit sebanyak dpt membuka mata pihak2 yang terbabit...

24 Oktober 2012 1:55 PG

Saya hairan mengapa bekas tentera tersebut mahu juga membayar cagaran untuk kelas satu walaupun tidak cukup wang? Sesiapa yang bekerja dengan sistem berkomputer tentu tahu, tidak ada ruang untuk mencatat 'hutang' seperti dalam 'buku tiga 5' di kedai-kedai runcit seperti zaman 70-an dahulu. Semua amaun kena dimasukkan dengan tepat. Lagi pula, bukannya isteri dia akan terus dimasukkan ke wad kelas satu. Pesakit hanya akan dimasukkan ke wad kelas satu apabila ada kekosongan. Mengikut pemerhatian saya yang sering berulang alik mendapatkan rawatan untuk diri sendiri dan arwah ibu sejak awal tahun 90-an hingga kini, semua pesakit akan ditempatkan di wad kelas 3 dahulu. Setelah keadaannya stabil dan ada kekosongan, barulah dihantar ke kelas satu sekiranya telah menempah bilik di sana. Bayarlah dulu cagaran wad kelas tiga. Kemudian, setelah isteri masuk wad, keluarkan wang dan pergi semula ke kaunter dan tambah wang cagaran. Mudah saja sebenarnya jika tidak ke sana dengan prasangka negatif.
Kita sering marah-marah apabila warga kerja hospital tidak sama-sama menangis dengan kita atau tersenyum simpul apabila bekerja. Seperti tidak simpati dengan kita; begitulah yang kita fikirkan. Terfikirkah kita yang mereka 'bekerja' di sana, bukannya menghantar waris atau rakan yang mempunyai kaitan silaturrahim dengan mereka. Seperti kita yang bekerja di pejabat atau di kilang atau lokasi lain yang persekitarannya tidak murung dan moyok seperti di hospital,pekerja di hospital juga berhak bekerja dengan ceria. Sesekali bergurau dan tentunya menegur rakan kenalan dengan senyum manis. Mengapa hendak dimarah pula apabila mereka ceria? Asalkan mereka tidak bertepuk tampar dengan ghairah secara tidak sepatutnya, cukuplah, bukan? Hospital kerajaan juga tidak cukup kakitangan. Itu satu lagi yang saya perhatikan. Pernahkah kita ambil tahu berapa ramai doktor yang bertugas pada satu-satu masa? Jika ada 5 doktor, pesakit ada 50 orang, sudah tentu lama hendak menunggu. Ada juga yang perlu rawatan yang lama. Jika doktor merawat kita seperti pemasang alat di kilang elektronik, marah pula kita. Wad kecemasan sering penuh dengan pesakit. Sudah tentu waktu menunggu amat lama. Bahagian kecemasan terbahagi 3, jika kita bukan pesakit zon merah atau kuning, kita perlu bersedia menunggu. Dulu waktu mendapatkan rawatan di hospital swasta, apabila pesakit ramai, saya juga pernah kena menunggu lama. Bagi saya tak jauh bezanya dengan waktu menunggu di hospital kerajaan. Lagi sakit hati sebab bukannya free!
Kita hanya boleh mengubah sikap dan diri kita sendiri jika kita mahukan perubahan untuk apa juga pun. Walaupun kita merasa kita hanya setitik air di lautan, sebenarnya kita ini seperti kicap yang menitik ke dalam segelas air sirap. Kita mampu mengubah paling tidak warna sirap itu. Bayangkan kalau kicap itu setengah gelas, bukankah air sirap itu tidak akan menjadi sirap lagi!

25 Oktober 2012 8:46 PG

amat setuju dengan 'yang bernama Siti'...kita hanya nampak orang lain saja yang salah,lambat dan tidak bertanggungjawab...sedang kita sendiri tidak ada initiatif untuk membantu..kita sering tanya apa sumbangan org bagi pada kita tanpa pernah berfikir apa yg kita boleh sumbangkan...peringatan untuk sy juga yang sering lupa..

19 Ogos 2013 12:44 PG

Setuju sngat..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger