SEJARAH TIDAK SELALU TERCIPTA!
SEJARAH TIDAK
SELALU TERCIPTA!
Sejak
tiga tahun yang lalu, banyak rutin saya berkisar pada perjalanan jarak jauh dan
dekat bukan sahaja atas urusan kerja namun juga apa yang saya istilahkan
sebagai “lawat kawasan”. Kebanyakkan
adalah ke kawasan yang jarang-jarang saya sampai hanya untuk melihat “hebatkan
negaraku”.
Ketika
mula-mula cukai GST di perkenalkan, pada April 2014, rata-rata rakyat Malaysia
begitu terkesan dan terbeban. Seniman
Paksi Rakyat (PAKSI) di bawah pimpinan Pak Dinsman, menyarankan supaya sebuah
penerbitan dihasilkan untuk merakam denyut nadi rakyat. Buku kecil “Derita Rakyat” sebenarnya adalah
penerbitan sempena setahun tahun program Baca Puisi Madrasah Seni diadakan
bermula Januari 2015.
PAKSI
serius melihat keperitan dan derita rakyat menguliti kehidupan pada hari
ini. Kejatuhan harga getah, kenaikan
harga tol antara bandar, kenaikan tambang pengangkutan awam, beban cukai barang
dan perkhidmatan (GST), harga rumah yang melambung – kesemuanya dirakamkan
dalam Derita Rakyat.
Maka
itu apabila Barisan Nasional memilih tema Hidup Rakyat, saya hanya mampu
tersenyum kerana telah lebih dahulu ‘makan garam’ dengan Derita Rakyat buah
tangan PAKSI.
Apabila
Parlimen dibubarkan pada 7 April 2018, dan diikuti dengan penamaan calon pada
28 April dan akhirnya seluruh rakyat Malaysia mengundi pada 9 Mei 2018, maka
tema Hidup Rakyat laungan Barisan Nasional terus bergema, walaupun berdesing
pada telinga saya mungkin juga ramai rakyat yang memendam rasa.
Seperti
pada musim Pilihan Raya Umum setiap kali, saya cuba sedaya upaya melihat dan
menjelajah lokasi-lokasi di luar ibu kota melihat sendiri kerancakan PRU yang
ke-14.
Pada
kali ini saya bermula dari Shah Alam, melalui Lebuh Raya Pantai Timur, singgah
sebentar ke Temerloh dan menyusur untuk perjalanan ke Besut, sebelum pulang
melalui laluan Jeli, Baling, Kepala Batas dan pulang menggunakan Lebuh Raya
Utara Selatan (PLUS). Banyak rakaman
perjalanan dan percakapan mengenai apa yang diharapkan oleh rakyat.
Saya
sempat menghadiri proses penamaan calon pada 28 April 2018 bertempat di Dewan
Sivik, Petaling Jaya yang menampilkan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN, PAS, dan PKR bagi Parlimen Petaling Jaya dan kawasan
DUN di bawahnya.
Melihat
kehadiran para penyokong BN, siapa pun tidak menyangkakan bahawa BN bakal
melakar sejarah kecundang untuk membentuk Kerajaan pasca PRU ke-14. Pelbagai peraturan ‘segera’ diperkenalkan
untuk menyekat kemaraan pakatan pembangkang.
Memang peraturan boleh dirancang, namun kuasa Allah SWT mengatasi semua
itu. Misalnya, bagaimana muka Tun Dr.
Mahathir digunting oleh petugas SPR kerana khabarnya melanggar peraturan
pilihanraya. Penggunaan gunting seperti
juga penyapu dilihat sebagai sesuatu yang tidak manis dalam adab dan budaya
orang Melayu, sehinggakan Datuk Seri Hishamuddin melahirkan rasa tidak senang
dengan tindakan kurang beradab ini secara terbuka.
Pilihanraya
pada 9 Mei yang lalu seperti sangat dinanti-nantikan dengan tidak sabar oleh
seluruh rakyat Malaysia, banyak kisah-kisah dipaparkan, antaranya adalah
bagaimana seorang wanita Tionghua melatih ibunya seorang warga emas untuk
memilih dan memangkah simbol parti yang betul!
Walaupun
tiada insiden yang benar-benar menggugat perjalanan dan kelancaran PRU-14,
namun menunggu keputusan PRU-14 sepanjang malam adalah sesuatu yang
mendebarkan. Tiada siapa yang boleh
menyangka bahawa Pakatan Harapan mampu membuat anjakan walaupun tanpa rakan
sekutu yang lain seperti PAS dan PSM.
Menjelang lewat tengah malam, Tun Dr. Mahathir mengumumkan bahawa PH
memenangi PRU-14 dan berjaya merebut beberapa negeri.
Sejarah
tercipta pada PRU-14 apabila parti pemerintah di bawah BN tidak mampu menggugah
kemaraan dan aspirasi rakyat yang diterjemahkan melalui peti undi.
Tawaran-tawaran menarik seperti menghapuskan GST dan Tol serta mengkaji semula
kontrak yang diberikan kepada syarikat-syarikat dari China sangat terkesan
kepada rakyat.
Sesi
mengangkat sumpat dan penganugerahan watikah perlantikan sebagai Perdana
Menteri yang ke-7 kepada Tun Dr. Mahathir tidak kurang debarnya bermula dari
jam 9.30 pagi sehingga selesai majlisnya pada lebih kurang jam 10 malam.
Benarlah
sejarah tidak selalu tercipta, menumbangkan sebuah parti yang berpaut pada
kuasa selama enam dekad bukanlah sesuatu yang mudah, maka peliharalah sejarah
untuk kekal terpahat dalam lipatan.
Tahniah Tun Dr. Mahathir dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.
Selamat Tinggal Barisan Nasional, Selamat
Datang Pakatan Harapan!
Ulasan